Isnin, 23 Mei 2016

JPI holds national religious programme


Friday, May 20, 2016

MORE than 500 students from Mahad Islam Brunei in Tutong took part in a nationwide religious programme yesterday.

The programme – comprising students from Year 5 to Year 11 – was organised by the Department of Islamic Studies (JPI) for the month of May.

The programme started with a tazkirah (religious talk) on exam preparations where the speaker, religious education officer at Mahad Islam Brunei Hj Muliadey Mohammad, outlined eight methods students can follow.

The first method is sacrifice, where students are required to spend less time watching television and using the Internet.

“To achieve success, you have to make sacrifices. Students need to spend less time watching television and using the Internet and concentrate on their studies instead,” said Hj Muliadey.
He said students are also urged to conduct swift but effective revision closer to the examination period.

“Students can do this by looking through their notes and focus on the main points of a subject.”
He said the best time to do revision is from 2am to 4am because it is a quiet and peaceful time allowing students to concentrate.

Hj Muliadey said students should check their timetable to make sure when and what time their examinations are.

Apart from that, he said they should be in a calm state or have a calm mind, have positive thoughts and not feel stressed or pressured, during exams.

“Closer to the exams, students are recommended to just read or look through their notes instead of referring to their thick books, as this can cause them to stress or panic.”

Before going for their examinations, students are also encouraged to seek forgiveness from their parents and teachers.

By doing this, InsyaAllah, they will be rewarded for their good deeds and will be able to answer questions in the exam smoothly, he said.

Hj Muliadey said students should also refrain from laughing or joking too much before their examination.

“Lastly, students are encouraged to have a balanced diet and to drink enough water during revision and the examination period,” he added.

The talk was followed by a mass Sunat Hajat Prayer, Doa Peperiksaan, the recitation of Surah Yasin, Doa Khas Hari Keluarga and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Students from Mabohai Religious School in the Brunei-Muara district, Kiudang Religious School in Tutong district, Sungai Liang Religious School in Belait district and Negalang Religious School in Temburong also participated in the programme.

The Brunei Times

Amalkan hidup berjimat cermat

Oleh:  Hezlinawati Haji Abdul Karim / Foto : Ah Chua

TEMBURONG, Sabtu, 16 April. - Para pelajar disaran untuk menghayati dan mengamalkan budaya hidup berjimat cermat agar kehidupan mereka terjamin untuk kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Ini memandangkan amalan hidup berjimat cermat akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah.

Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Demikian antara yang terkandung di dalam tazkirah mengenai 'Berjimat Cermat Amalan Mulia' semasa berlangsungnya Program Keagamaan Senegara di Sekolah Ugama Amo, Mukim Amo, di sini.

160416 CHUA3 PKST 
PROGRAM Keagamaan Senegara 1437H/2016M bagi bulan April mengenai 'Berjimat Cermat Amalan Mulia' di Sekolah Ugama Amo.

Tazkirah yang disampaikan oleh tenaga pengajar sekolah agama tersebut, Dayang Salhawa binti Suri itu juga menasihatkan agar para pelajar sentiasa berjimat cermat dan mengambil berat untuk menabung dari sejak kecil dan mereka harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah dengan menyimpan wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka manakala ibu bapa pula disaran membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka.

Dayang Salhawa juga menyarankan agar para pelajar berbelanja sekadar mengikut kemampuan sebenar sahaja dan sebaik-baiknya biarlah berbelanja secara sederhana.

Menyentuh faedah berjimat cermat pula beliau menjelaskan amalan sedemikian dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran, amalan ini juga perlu dititikberatkan kerana menjadikan seseorang itu berdisiplin tinggi.

Berjimat cermat juga katanya lagi, dapat menginsafkan diri dan mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masaalah hutang.

160416 CHUA1 PKSTSEBAHAGIAN pelajar Sekolah Ugama Amo yang menyertai Program Keagamaan Senegara 1437H/2016M bagi bulan April.

Program Keagamaan Senegara 1437 Hijrah/2016 Masihi bagi bulan April yang memberi tumpuan mengenai berjimat cermat itu juga disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai oleh para pelajar Sekolah Ugama Amo dan tenaga-tenaga pengajar sekolah agama berkenaan serta para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Cawangan Daerah Temburong, dipimpin oleh tenaga pengajar Sekolah Ugama Amo, Awang Haji Reduan bin Haji Rosman.

Bacaan selawat oleh para peserta program juga memeriahkan lagi program anjuran JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Program diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh tenaga pengajar Sekolah Ugama Amo, Awang Dzul Fadly bin Haji Abdul Latip.

- Pelita Brunei Online. Ahad, 17 April 2016.
 

550 murid sertai program keagamaan senegara

Oleh:  Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

KUALA BELAIT, Sabtu,16 April - Seramai 550 murid Darjah Pra, I, II, III, IV dan Guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, Pandan terlibat dalam Program Keagamaan Senegara Persekolahan Agama bagi bulan April tahun ini yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ingin merealisasikan Rancangan Strategik JPI dalam meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah ugama dalam meningkatkan keberkesanan program kokurikulum.

Tema program kali ini 'Berjimat Cermat Amalan Mulia' yang mana ia sangat berkaitan dalam kehidupan kos sara hidup terlalu tinggi berpunca dari suasana ekonomi dunia yang suram, sewajarnya dijadikan budaya dalam mengambil kira penglibatan semua pihak.
 160416 NOR01 PKSB
ANTARA guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, Pandan, Kuala Belait yang terlibat dalam Program Keagamaan Senegara Persekolahan Agama dan Arab bagi bulan April.

JPI sememangnya mempunyai usaha mencorakkan masa depan anak-anak dengan menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang cara dan faedah berjimat cermat.

Penyampai tazkirah, Penolong Guru Besar, Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, Awang Haji Mohd. Faizal bin Haji Abdullah, sementara bacaan selawat diketuai oleh Awang Haji Kamalrudin bin Mohammad dan doa dibacakan oleh Awang Fazli bin Haji Puteh.

Program dihasratkn agar pelajar-pelajar dapat menghayati dan mengamalkan budaya berjimat cermat agar kehidupan mereka kelak akan terjamin untuk kesenangan juga kebahagian di dunia dan akhirat.

160416 NOR02 PKSB 
MURID-MURID Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, Pandan yang menyertai program berkenaan (atas dan bawah).

160416 NOR03 PKSB

Di samping itu untuk melahirkan masyarakat bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa depan cerah.

Program itu bermula dari 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama sesi pagi dan jam 2.00 petang bagi semua sekolah agama sesi petang seluruh negara.

Program itu juga merupakan kegiatan bulanan di sepanjang tahun yang akan diteruskan di antara sekolah-sekolah ugama terlibat. Selain Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, Pandan, Kuala Belait ialah Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bandar Seri Begawan; Brunei III, Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong; Sekolah Ugama Battalion Kedua Tutong Kem, Tutong dan Sekolah Ugama Amo, Temburong.

- Pelita Brunei Online. Ahad, 17 April 2016.

Perbaiki sistem belajar Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan melalui cara berterusan memikir, merancang dan melaksanakan program-program yang bersesuaian.

Baginda juga menekankan peri mustahak difikirkan mengenai bagaimana cara untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah agama memandangkan pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah agama pada masa ini masih di tahap yang memerlukan pembaikan dan peningkatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan perkara ini dalam titah Baginda pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas malam ini.

Titah Baginda, apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini ialah untuk menjadikan mereka itu betul-betul pandai membaca Al-Quran dan inilah yang lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit mengenai pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki. 
Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki.

Pada hemat Baginda, di samping pembaikan membaca Al-Quran di peringkat rendah, adalah lebih baik diteruskan membuat kajian mengenai kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam membaca Al-Quran.

Ini kerana walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan agama sehingga darjah enam tapi terdapat tanda-tanda mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sebaik yang diharapkan, titah Baginda.

“Apabila mutu bacaan Al-Quran itu belum sampai ke tahap seperti apa yang diharapkan, ini bererti kajian segera dan realistik perlu dijalankan.

“Sayugia diingat keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran terutama bagi sekolah-sekolah agama, sangatlah mendesak kerana persekolahan agama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya. Oleh itu asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.”

Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut melahirkan rasa syukur dengan penganjuran Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan yang kini sudah memasuki kali ke-56, yakni sudah lebih setengah abad negara menganjurkan musabaqah bacaan Al-Quran peringkat dewasa.

Menurut Baginda, selama 56 tahun itu banyak melahirkan Qari dan Qariah dan di antara mereka ada yang berpeluang mewakili negara ke musabaqah di luar negara.

“Kita berasa bangga, apabila ada di antara mereka yang mencapai mutu bacaan yang baik dan menggalakkan.

“Kita juga bersyukur kerana semua peringkat, musabaqah membaca Al-Quran yang diadakan di negara ini, khasnya murid-murid sekolah dan belia-belia adalah memberi makna bahawa, kitab suci Al-Quran itu benar-benar kita hayati dan tidak diabaikan.

“Maksud Beta ialah, kita di negara ini sangat memberikan perhatian kepada Al-Quran, kita tidak meringan-ringankannya tapi terus memelihara memartabatkannya termasuk melalui pelbagai program mengenai Al-Quran.

“Selain mengadakan program mempelajarinya menerusi sistem persekolahan agama di samping mengadakan program menghafaz hingga membawa mempelajari ilmu Qiraat Al-Quran di Institut Thafiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang melayakkan lepasannya melanjutkannya pengajian Ilmu Qiraat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai langkah mengembang dan menyebar luaskan lagi ilmu dan amalan menghafaz Al-Quran itu, kita juga ada menganjurkan Program Huffaz iaitu program melahirkan penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kalangan orang ramai.”

Titah Baginda, setakat ini 163 orang telah diperakukan sebagai huffaz iaitu penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kategori hafazan 10, 20 dan 30 Juzuk.

Mereka ini titah Baginda lagi, diperiksa menerusi ujian Tasmiqnya di mana Tasmiq pada setiap tahun sebelum mereka layak untuk menerima elaun galakan.

Di samping itu, kita juga telah menerbitkan Mushaf Brunei Darussalam tulisan tangan yang disusuli dengan penerbitan tafsir Mushab Brunei Darussalam dan terjemahannya.
 
Baginda seterusnya bertitah, perhatian dalam Al-Quran setakat ini adalah sebagai tanda menunaikan tanggungjawab beragama dengan sempurna dan dalam masa yang sama, bertabaruk atau mengambil berat daripadanya kerana kitab suci Al-Quran itu adalah pembawa keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa ta’ala. 
 
- Pelita Brunei Online.

Teruskan perhatian terhadap Al-Quran

Oleh:  Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto: Muhammad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi. 
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan.

Bagi tujuan itu, baginda bertitah supaya adanya usaha-usaha yang berterusan untuk difikirkan, dirancang dan dilaksanakan bagi program-program yang bersesuaian.
Baginda berkenan mengurniakan titah demikian pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (Malam Ketiga) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

"Pada hemat beta, adalah juga mustahak difikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran itu di sekolah-sekolah ugama. Kerana setahu umum, pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah ugama itu masih saja di tahap memerlukan pembaikan dan peningkatan," titah baginda.

Apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini titah baginda ialah untuk menjadikan mereka itu 'betul-betul pandai' membaca Al-Quran kerana ianya lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

Kebawah DYMM percaya, di samping pembaikan bacaan Al-Quran di peringkat rendah, elok juga diselajurkan untuk membuat kajian tentang kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam bidang membaca Al-Quran.

Baginda seterusnya bertitah, walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan ugama sehingga darjah enam, namun ada tanda-tanda yang mutu bacaan Al-Quran mereka itu juga belumlah sebaik yang diharapkan.

"Apabila mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan, maka bererti kajian yang segera dan realistik perlulah dijalankan," tegas baginda.

Dengan yang demikian baginda bertitah mengingatkan bahawa keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran, terutama bagi sekolah-sekolah ugama, sangatlah mendesak, kerana persekolahan ugama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya.

Oleh itu tambah titah baginda, asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.

Bertitah menyentuh mengenai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, Kebawah DYMM bertitah melahirkan harapan agar ianya akan menampilkan qari dan qariah yang terbaik di antara semua peserta kerana mereka akan berhadapan dengan keadaan yang lebih mencabar selepas ini.

- Pelita Brunei Online. 

New religious school wing promises more convenience


Tuesday, December 9, 2014
RESIDENTS of Kg Lambak and its vicinity will have more opportunities to send their children to the Sekolah Ugama Jalan Bedil as a foundation for its new block was officially laid next to the school’s old building yesterday.

Present to lay the foundation was the Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Haji Abdul Rahman.

 

In an interview with The Brunei Times, Matzainin Hj Bakar, architect under the Building and Maintenance Section of the Ministry of Religious Affairs (MoRA) said the new building costing close to $4.15 million will have a total of 18 classes that can accommodate 450 students as an addition to 270 students at the old building.


He explained that the new block will house an administrative building which can accommodate 80 teachers, a conference room that can accommodate 40 people, a multipurpose hall that can fit 500 people and a library for 50 people as well as a total of 40 parking lots.

The new building, which was contracted to Farina Ninjaya Sdn Bhd is expected to finish by March 15, 2016, however the earliest date for its completion is also expected to be sometime around December next year. Matzainin said once the building is completed, residents from Kg Rimba and Kg Terunjing, aside from Kg Lambak and its vicinity would then be able to enrol their children at the school for their convenience.

The principal of the Sekolah Ugama Jalan Bedil, Dk Hjh Jurinah Pg Hj Sabtu expressed her hopes that the new building will be able to provide a more comfortable and effective learning environment for the students. “With the new building to be completed soon, hopefully members of the school including its students and teachers would be able to conduct and carry out their duties and learning processes better, and to benefit from it well,” said the principal.

The Brunei Times

Course on using Arabic dictionary


Saturday, April 9, 2016

A WORKSHOP on using the Arabic dictionary was recenly held at Sekolah Arab Belait (SAB) – the first of its kind organised by the school.

Twenty-five Year Seven and Eight students from five Arabic schools in Brunei – the host school, Sekolah Arab Sungai Akar, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD), Sekolah Persediaan Arab Temburong and Ma’had Islam Brunei – participated in the course.

SAB Principal Hjh Normalina Hj Muhd Ali said that the target students were chosen as they have just stepped into the secondary level, and thus might face difficulties in learning Arabic language.

“With this programme, students can gain the knowledge and skills to find the meaning of Arabic sentences by identifying the basic words to speed up the translation,” said the principal during the event.

She also hoped that the participants will share their experience and skills with their fellow classmates and outside of school to increase their Arabic vocabulary and familiarise their use in sentences.

 

 
Facilitator Ustaz Mohd Idres (standing) interacting with the participants of the workshop at SAB. Picture: BT/Hafiizah Maideen

The programme was facilitated by Ustaz Mohd Idres Hj Metussin from Sekolah Arab Sungai Akar and Ustazah Martiniwati Hj Ahmad from SUAMRIPAD. 

 

 


The Brunei Times