Ahad, 26 April 2020

Pengajaran & Pembelajaran Ugama di saluran RTB

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Bermula dari 27hb April 2020, jam 1.30 hingga 3 petang akan disiarkan pembelajaran dari rumah untuk sekolah ugama bagi Darjah VI. Rancangan ini akan disiarkan di saluran RTB Sukmaindera. Ini adalah merupakan satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei bagi mengelakkan murid-murid sekolah ugama khususnya murid-murid Darjah VI yang akan menduduki peperiksaan SSRU tahun ini tidak tercicir pembelajaran ugama mereka. Diucapkan semoga maju jaya!

Tajuk-tajuk pelajaran pada 28hb April 2020


Selasa, 12 Disember 2017

Pendaftaran sekolah agama pada 4 dan 6 Januari


BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru bagi sekolah-sekolah agama seluruh negara dan sekolah Arab sesi pengajian 2018 akan dibuka pada 4 dan 6 Januari depan.
Bagi kemasukan pra sekolah-sekolah agama seluruh negara, pendaftaran akan diadakan pada 4 Januari jam 7:30 pagi bagi sesi pagi dan 1:30 petang bagi sesi petang.
Manakala itu, pendaftaran dibuka bagi pelajar Tahun 5 ke sekolah-sekolah Arab termasuk Mahad Islam Brunei, Tutong; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit; Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan; Sekolah Arab Belait dan Sekolah Arab Temburong akan diadakan pada 7:30 pagi 6 Januari.
- Media Permata.

Isnin, 23 Januari 2017

Muslim parents must ensure their children attend religious school, says minister

|      Aziz Idris      |
IT IS the duty for Muslim parents to send their children to religious school, and an obligation for the Brunei Government to provide adequate infrastructure for the growing number of students, said the Minister of Religious Affairs, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yesterday, during a visit to Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah Religious School, Berakas.
The minister also reminded parents that it is obligatory for every Muslim child – aged seven years and above and until the age of 15 – residing in Brunei Darussalam to be enrolled in pre-school and primary religious education, in conforming to the Compulsory Religious Education Order of 2012, as announced by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in a titah for Teacher’s Day 2012.
The order emphasises mandatory religious education for children born on or after January 1, 2006, with one or both parents Brunei citizens or permanent residents.
The minister said that he was pleased to note an increase from 2,600 religious school students in 2016 to 2,764 this year.
“We (the Ministry of Religious Affairs) will continue to provide the infrastructure to facilitate the growing number of students every year. It is the responsibility of His Majesty’s Government to ensure that Muslim children receive basic knowledge of Islam – Fardhu Ain – which refers to obligatory acts that must be performed by each individual Muslim, including prayer, alms, fasting, and pilgrimage,” he said.
Meanwhile, the Ministry of Religious Affairs will closely monitor all religious schools through the Islamic Studies Department, on matters related to secondary school-level religious studies, or Islamic Religious Knowledge (IRK).
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs talking to a student during the visit. – PHOTOS: MUIZ MATDANI

The minister speaking to the media.

The Minister of Religious Affairs speaking with religious teachers about the teaching and learning methods of the students.


The minister explained that when Brunei students complete Primary 6 at religious school, IRK is the only form of religious education taught at secondary level, except for those exclusively pursuing Islamic studies at specialised schools.
“I think it’s about time that we consider filling in this gap, by establishing religious schools on a secondary level,” he said.
The minister’s delegation also visited the Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah Religious School, where they were received by Hajah Jamaliah binti Haji Mohd Yassin, the school’s Headmistress.
During the visit, the minister observed the teaching methods for students in Primary 4-6, which was followed by a closed-door meeting between the minister’s delegation and the school’s teaching staff.
The Islamic Studies Department began pre-school registration at all religious schools in four districts yesterday, recording a total of 4,117 students for Brunei-Muara District, 882 in Belait District, 614 in Tutong District and 151 in Temburong District, bringing the total to 5,764 religious school students for 2017.
- Borneo Bulletin. January 6, 2017.

Sekolah menengah agama dipertimbangkan

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Persekolahan menengah agama mungkin akan dipertimbangkan kewujudannya pada masa-masa akan datang, kerana ketika ini persekolahan agama hanya dilaksanakan dari Darjah Pra hingga Darjah 6.
Perancangan mengenainya disuarakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (gambar bawah) dalam temu bual semasa lawatan Yang Berhormat Pehin ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas hari ini.
“Memang betul pelajaran agama dari Darjah Pra hingga Darjah 6 sekolah rendah sahaja, jadi sekolah menengah agama itu di mana? Insya Allah, sama-sama kita fikirkan,” katanya.
Manakala ketika menyentuh mengenai Perintah Pendidikan Ugama Wajib, Yang Berhormat Pehin menekankan bahawa ibu bapa berkewajipan menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama dan pihak kerajaan akan terus menyediakan prasarana atau sekolah-sekolah tersebut.
“Keutamaan setiap tahun, bagi Jabatan Pengajian Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ialah memikirkan kemudahan-kemudahan yang ada bagi menerima kemasukan (murid-murid),” jelas Yang Berhormat Pehin.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian, menurut Yang Berhormat Pehin, dengan adanya peraturan mewajibkan kemasukan ke sekolah agama ini, bermakna kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat mengambil berat mengenai pendidikan keagamaan kerana ianya adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan dalam memastikan rakyat yang beragama Islam mempunyai pengetahuan untuk mengamalkan agama.
“Seminimum yang mungkin, pendidikan ini ialah dari segi fardu ainnya yang mengajar mereka sembahyang, mengaji, memahami hukum-hukum asasi yang dipelajari dari Darjah 1 hingga Darjah 6 sekolah agama,” jelas Yang Berhormat Pehin lagi.
Menurutnya, selain pendidikan agama wajib, murid-murid juga selepas itu mempelajari mata pelajaran IRK (Islamic Religious Knowledge) di peringkat seterusnya di sekolah menengah. “Ini pun dipantau supaya selari pengetahuan-pengetahuan asas dalam bidang/ perkara-perkara fardu ain untuk diperkukuhkan/dipertingkatkan lagi dalam mata pelajaran IRK.”
Yang Berhormat Pehin juga menyentuh mengenai pengecualian untuk tidak bersekolah agama, di mana setakat ini tidak ada permohonan daripada ibu bapa untuk memohon pengecualian berkenaan. Pengecualian hanya akan berkuat kuasa atas sebab-sebab tertentu yang menyebabkan anak-anak mereka tidak boleh bersekolah.
Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, pengecualian ini termasuklah atas sebab berkhidmat di luar negara, namun jika bukan sebab-sebab yang dinyatakan, ibu bapa dikira menyalahi peraturan wajib jika tidak menghantar anak mereka ke persekolahan agama.
- Media Permata. 6 Januari 2017.

Darjah pra agama catat 5,764 kemasukan

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, hari ini, telah meneruskan lagi siri lawatan kerjanya ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Zulkifli bin Penglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Ajijah binti Haji Moktal.
Ketibaan Yang Berhormat Pehin dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Hajah Jamaliah binti Haji Mohd Yassin serta guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Dalam lawatan berkenaan, Yang Berhormat Pehin berkesempatan membuat tinjauan kemasukan murid-murid baru Darjah Pra, kelas Darjah 4 hingga 6 (blok baru) sambil beramah mesra dengan murid-murid.
Pada hari yang sama Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU juga telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru Darjah Pra ke sekolah-sekolah agama di keempat-empat buah daerah.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika membuat lawatan kerja ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.
Yang Berhormat Pehin bertanyakan sesuatu kepada salah seorang guru kelas Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.

Antara pelajar-pelajar sekolah agama itu yang berasa gembira di hari pertama persekolahan mereka.

Pendaftaran kemasukan pelajar tersebut bermula dari jam 7:30 pagi bagi sesi pagi dan jam 1:30 petang bagi sesi petang.
Menurut kenyataan KHEU, keramaian kemasukan pelajar-pelajar Darjah Pra di seluruh negara pada tahun ini adalah seramai 5,764 orang dengan 4,117 orang daripadanya mendaftar di Daerah Brunei Muara, 614 orang di Daerah Tutong, 882 orang di Daerah Belait dan 151 orang di Daerah Temburong.
Lawatan dan tinjauan Yang Berhormat Pehin ke sekolah agama adalah bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan KHEU atas usaha-usaha JPI dan pimpinan sekolah-sekolah agama di daerah-daerah terhadap segala persiapan, penilaian, strategi dan sasaran pihak sekolah.
- Media Permata. 6 Januari 2017.

Selasa, 29 November 2016

Lahirkan akidah kukuh, akhlak mulia

  • Oleh:  Berita dan Foto : Noraisah Muhammed


  • GURU Besar Sekolah Ugama Sayyidina Ali, Dayang Noraini binti Haji Muhammed bersama tenaga pengajar yang mengajar di Sekolah Ugama Sayyidina Ali.
    KUALA BELAIT, Sabtu, 1 Oktober. - 'Guru Bijaksana Pembina Generasi Berwawasan', tema program keagamaan kali ini memberikan pelajar kefahaman mengenai guru bijaksana pembina generasi berwawasan khususnya guru ugama sempena tema Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016.
    Sehubungan itu, pelajar dan warga sekolah diterangkan bahawa guru bijaksana pembina generasi berwawasan terletak sebahagian besar di bahu guru-guru ugama, di mana terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang pelajar.
    Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah ugama bagi Daerah Belait diadakan di Sekolah Ugama Sayyidina Ali yang disertai seramai 101 murid sesi pagi Darjah 4,5 dan 6 serentak, di semua sekolah ugama seluruh negara.


  • ANTARA murid-murid yang menyertai Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab Sempena Hari Guru Ke-26.
    Pendidikan yang seimbang di antara duniawi dan ukhrawi sangat penting dalam mempersiapkan negara dengan generasi berwawasan yang berkualiti dan memiliki salasilah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikiran secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang Wawasan Negara 2035.
    Segalanya tidak akan menjadi realiti jika usaha tidak disokong semua pihak. Ibu bapa dan guru, pentadbir sekolah serta masyarakat harus berganding bahu menggembleng tenaga membina generasi berwawasan yang berdisiplin, bermaruah dan bertakwa.
    Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan generasi berwawasan yang perlu direalisasikan buat memacu kegemilangan duniawi dan ukhrawi.
    Tujuan program untuk merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam, iaitu meningkatkan peratus pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah Arab dan ugama.
    Meningkatkan keberkesanan program kokurikulum, di samping melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan kokurikulum dengan melibatkan semua pelajar mengikuti program penghayatan berugama.

Al-Quran penyinar hati pembaca

  • Oleh:  Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
    • MADANG, Sabtu, 13 Ogos. - Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan ialah ingin melahirkan al-insan al-saleh melalui pendidikan yang seimbang dan sempurna dengan memberikan penekanan kepada kedua-dua aspek, iaitu kurikulum dan gerak kerja kurikulum yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.
      Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Ogos yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah arab, dan pada jam 2.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama seluruh daerah.
    • SERAMAI kira-kira 80 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Madang, Brunei II mendengarkan tazkirah "Adab dan Akhlak bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran" yang disampaikan oleh Guru Ugama Terlatih, Dayang Hajah Norlina binti Haji Chuchu.
    • Pelajar dan warga sekolah diingatkan agar sentiasa mengamalkan sebelum membaca Al-Quran sewajarnya membersihkan mulut dengan bersugi, disunatkan membaca Al-Quran dengan keadaan suci daripada hadas, membaca ditempat bersih, mengadap kiblat, membaca isti'azah apabila ingin memulakan bacaan, membaca Basmalah pada awal setiap surah kecuali surah at-Taubah dan menghormati Al-Quran daripada melakukan perbuatan yang meremehkan Al-Quran seperti ketawa, bercakap-cakap, bermain-main dengan tangan dan memandang ke tempat yang tidak sepatutnya.
      Demikian adalah antara isi tazkirah mengenai 'Adab dan Akhlak Bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran' yang berlangsung di Sekolah Ugama Madang, bagi Daerah Brunei dan Muara.
    • SEBAHAGIAN daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Madang, Brunei II mendengarkan tazkirah "Adab dan Akhlak Bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran".

    • Kelebihan orang membaca Al-Quran hingga khatam mendapat 60,000 malaikat mendoakan keatasnya dan Al-Quran itu mampu menyinarkan hati pembacanya.
      Program diteruskan dengan membaca Tausyeh oleh semua pelajar dan diakhiri dengan membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
    • - Pelita Brunei Online. Ahad, 14 Ogos 2016.