Ahad, 26 April 2020

Pengajaran & Pembelajaran Ugama di saluran RTB

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Bermula dari 27hb April 2020, jam 1.30 hingga 3 petang akan disiarkan pembelajaran dari rumah untuk sekolah ugama bagi Darjah VI. Rancangan ini akan disiarkan di saluran RTB Sukmaindera. Ini adalah merupakan satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei bagi mengelakkan murid-murid sekolah ugama khususnya murid-murid Darjah VI yang akan menduduki peperiksaan SSRU tahun ini tidak tercicir pembelajaran ugama mereka. Diucapkan semoga maju jaya!

Tajuk-tajuk pelajaran pada 28hb April 2020


Selasa, 12 Disember 2017

Pendaftaran sekolah agama pada 4 dan 6 Januari


BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru bagi sekolah-sekolah agama seluruh negara dan sekolah Arab sesi pengajian 2018 akan dibuka pada 4 dan 6 Januari depan.
Bagi kemasukan pra sekolah-sekolah agama seluruh negara, pendaftaran akan diadakan pada 4 Januari jam 7:30 pagi bagi sesi pagi dan 1:30 petang bagi sesi petang.
Manakala itu, pendaftaran dibuka bagi pelajar Tahun 5 ke sekolah-sekolah Arab termasuk Mahad Islam Brunei, Tutong; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit; Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan; Sekolah Arab Belait dan Sekolah Arab Temburong akan diadakan pada 7:30 pagi 6 Januari.
- Media Permata.