Isnin, 23 Mei 2016

Perbaiki sistem belajar Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan melalui cara berterusan memikir, merancang dan melaksanakan program-program yang bersesuaian.

Baginda juga menekankan peri mustahak difikirkan mengenai bagaimana cara untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah agama memandangkan pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah agama pada masa ini masih di tahap yang memerlukan pembaikan dan peningkatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan perkara ini dalam titah Baginda pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas malam ini.

Titah Baginda, apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini ialah untuk menjadikan mereka itu betul-betul pandai membaca Al-Quran dan inilah yang lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit mengenai pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki. 
Baginda Sultan berkenan menganugerahkan piala kepada johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki.

Pada hemat Baginda, di samping pembaikan membaca Al-Quran di peringkat rendah, adalah lebih baik diteruskan membuat kajian mengenai kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam membaca Al-Quran.

Ini kerana walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan agama sehingga darjah enam tapi terdapat tanda-tanda mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sebaik yang diharapkan, titah Baginda.

“Apabila mutu bacaan Al-Quran itu belum sampai ke tahap seperti apa yang diharapkan, ini bererti kajian segera dan realistik perlu dijalankan.

“Sayugia diingat keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran terutama bagi sekolah-sekolah agama, sangatlah mendesak kerana persekolahan agama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya. Oleh itu asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.”

Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut melahirkan rasa syukur dengan penganjuran Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan yang kini sudah memasuki kali ke-56, yakni sudah lebih setengah abad negara menganjurkan musabaqah bacaan Al-Quran peringkat dewasa.

Menurut Baginda, selama 56 tahun itu banyak melahirkan Qari dan Qariah dan di antara mereka ada yang berpeluang mewakili negara ke musabaqah di luar negara.

“Kita berasa bangga, apabila ada di antara mereka yang mencapai mutu bacaan yang baik dan menggalakkan.

“Kita juga bersyukur kerana semua peringkat, musabaqah membaca Al-Quran yang diadakan di negara ini, khasnya murid-murid sekolah dan belia-belia adalah memberi makna bahawa, kitab suci Al-Quran itu benar-benar kita hayati dan tidak diabaikan.

“Maksud Beta ialah, kita di negara ini sangat memberikan perhatian kepada Al-Quran, kita tidak meringan-ringankannya tapi terus memelihara memartabatkannya termasuk melalui pelbagai program mengenai Al-Quran.

“Selain mengadakan program mempelajarinya menerusi sistem persekolahan agama di samping mengadakan program menghafaz hingga membawa mempelajari ilmu Qiraat Al-Quran di Institut Thafiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang melayakkan lepasannya melanjutkannya pengajian Ilmu Qiraat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai langkah mengembang dan menyebar luaskan lagi ilmu dan amalan menghafaz Al-Quran itu, kita juga ada menganjurkan Program Huffaz iaitu program melahirkan penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kalangan orang ramai.”

Titah Baginda, setakat ini 163 orang telah diperakukan sebagai huffaz iaitu penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kategori hafazan 10, 20 dan 30 Juzuk.

Mereka ini titah Baginda lagi, diperiksa menerusi ujian Tasmiqnya di mana Tasmiq pada setiap tahun sebelum mereka layak untuk menerima elaun galakan.

Di samping itu, kita juga telah menerbitkan Mushaf Brunei Darussalam tulisan tangan yang disusuli dengan penerbitan tafsir Mushab Brunei Darussalam dan terjemahannya.
 
Baginda seterusnya bertitah, perhatian dalam Al-Quran setakat ini adalah sebagai tanda menunaikan tanggungjawab beragama dengan sempurna dan dalam masa yang sama, bertabaruk atau mengambil berat daripadanya kerana kitab suci Al-Quran itu adalah pembawa keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa ta’ala. 
 
- Pelita Brunei Online.

Teruskan perhatian terhadap Al-Quran

Oleh:  Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto: Muhammad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi. 
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan.

Bagi tujuan itu, baginda bertitah supaya adanya usaha-usaha yang berterusan untuk difikirkan, dirancang dan dilaksanakan bagi program-program yang bersesuaian.
Baginda berkenan mengurniakan titah demikian pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (Malam Ketiga) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

"Pada hemat beta, adalah juga mustahak difikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran Al-Quran itu di sekolah-sekolah ugama. Kerana setahu umum, pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah ugama itu masih saja di tahap memerlukan pembaikan dan peningkatan," titah baginda.

Apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini titah baginda ialah untuk menjadikan mereka itu 'betul-betul pandai' membaca Al-Quran kerana ianya lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

Kebawah DYMM percaya, di samping pembaikan bacaan Al-Quran di peringkat rendah, elok juga diselajurkan untuk membuat kajian tentang kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam bidang membaca Al-Quran.

Baginda seterusnya bertitah, walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan ugama sehingga darjah enam, namun ada tanda-tanda yang mutu bacaan Al-Quran mereka itu juga belumlah sebaik yang diharapkan.

"Apabila mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan, maka bererti kajian yang segera dan realistik perlulah dijalankan," tegas baginda.

Dengan yang demikian baginda bertitah mengingatkan bahawa keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran, terutama bagi sekolah-sekolah ugama, sangatlah mendesak, kerana persekolahan ugama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya.

Oleh itu tambah titah baginda, asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.

Bertitah menyentuh mengenai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, Kebawah DYMM bertitah melahirkan harapan agar ianya akan menampilkan qari dan qariah yang terbaik di antara semua peserta kerana mereka akan berhadapan dengan keadaan yang lebih mencabar selepas ini.

- Pelita Brunei Online. 

New religious school wing promises more convenience


Tuesday, December 9, 2014
RESIDENTS of Kg Lambak and its vicinity will have more opportunities to send their children to the Sekolah Ugama Jalan Bedil as a foundation for its new block was officially laid next to the school’s old building yesterday.

Present to lay the foundation was the Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Haji Abdul Rahman.

 

In an interview with The Brunei Times, Matzainin Hj Bakar, architect under the Building and Maintenance Section of the Ministry of Religious Affairs (MoRA) said the new building costing close to $4.15 million will have a total of 18 classes that can accommodate 450 students as an addition to 270 students at the old building.


He explained that the new block will house an administrative building which can accommodate 80 teachers, a conference room that can accommodate 40 people, a multipurpose hall that can fit 500 people and a library for 50 people as well as a total of 40 parking lots.

The new building, which was contracted to Farina Ninjaya Sdn Bhd is expected to finish by March 15, 2016, however the earliest date for its completion is also expected to be sometime around December next year. Matzainin said once the building is completed, residents from Kg Rimba and Kg Terunjing, aside from Kg Lambak and its vicinity would then be able to enrol their children at the school for their convenience.

The principal of the Sekolah Ugama Jalan Bedil, Dk Hjh Jurinah Pg Hj Sabtu expressed her hopes that the new building will be able to provide a more comfortable and effective learning environment for the students. “With the new building to be completed soon, hopefully members of the school including its students and teachers would be able to conduct and carry out their duties and learning processes better, and to benefit from it well,” said the principal.

The Brunei Times

Course on using Arabic dictionary


Saturday, April 9, 2016

A WORKSHOP on using the Arabic dictionary was recenly held at Sekolah Arab Belait (SAB) – the first of its kind organised by the school.

Twenty-five Year Seven and Eight students from five Arabic schools in Brunei – the host school, Sekolah Arab Sungai Akar, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD), Sekolah Persediaan Arab Temburong and Ma’had Islam Brunei – participated in the course.

SAB Principal Hjh Normalina Hj Muhd Ali said that the target students were chosen as they have just stepped into the secondary level, and thus might face difficulties in learning Arabic language.

“With this programme, students can gain the knowledge and skills to find the meaning of Arabic sentences by identifying the basic words to speed up the translation,” said the principal during the event.

She also hoped that the participants will share their experience and skills with their fellow classmates and outside of school to increase their Arabic vocabulary and familiarise their use in sentences.

 

 
Facilitator Ustaz Mohd Idres (standing) interacting with the participants of the workshop at SAB. Picture: BT/Hafiizah Maideen

The programme was facilitated by Ustaz Mohd Idres Hj Metussin from Sekolah Arab Sungai Akar and Ustazah Martiniwati Hj Ahmad from SUAMRIPAD. 

 

 


The Brunei Times

Ahad, 21 Februari 2016

Keputusan peperiksaan agama melalui SMS

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Calon peperiksaan awam persekolahan Arab dan agama di bawah kawalan Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) akan mempunyai pilihan menerima keputusan peperiksaan apabila perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan.
Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI) selaku Urus Setia LPPUB dan Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan memperkenalkan dan melaksanakan perkhidmatan ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang sedia ada.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Bahagian Peperiksaan, JPI, KHEU selaku Setiausaha LPPUB, Haji Shamsol bin Haji Omar semasa sidang media yang berlangsung di Dewan Multaqa, KHEU petang tadi.
Beliau menjelaskan, usaha ini merupakan kolaborasi bersama DST Communications Sdn Bhd (DSTCom) sebagai penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) sebagai pembekal kandungan dan fasilitator teknikal bagi perkhidmatan ini.
Pelaksanaan perkhidmatan SMS ini bertujuan untuk memudahkan setiap calon yang mengikuti peperiksaan di bawah kawalan LPPUB, KHEU untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui SMS dengan penghantaran keputusan yang lebih terjamin dan selamat. Ia turut memelihara kerahsiaan keputusan peperiksaan calon-calon daripada penyebaran secara terbuka sama ada melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan sebagainya, tambah beliau.
Perkhidmatan ini nanti akan dapat digunakan untuk keputusan peperiksaan-peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Pra-sijil Tinggi Pelajaran Ugama Seri Begawan (Pra-STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) – (SSRU) dan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA).
Manakala itu, bagi perkhidmatan keputusan Peperiksaan SSRU, ibu bapa atau penjaga calon yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sama ada secara online atau melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.
Menurut beliau, pendaftaran secara online boleh dibuat menerusi laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu www.kheu.gov.bn dan klik tajuk pautan pengumuman pendaftaran SMS dan mengisi laman borang pendaftaran. Bagi pendaftaran melalui perkhidmatan SMS, hendaklah menaip KHEU [jarak] REG [jarak] NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN [jarak] NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST.
Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS tanpa sebarang kos dan pendaftaran akan bermula pada 19 Februari 2016. Keputusan peperiksaan SMS ini hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan dan pelanggan akan dikenakan caj bayaran sebanyak $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.
- Media Permata Online. Jumaat 8 Jamadilawwal 1437H / 19 Februari 2016M.

Khamis, 18 Februari 2016

KHEU perkenalkan keputusan peperiksaan melalui SMS

  • Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Mohd. Mahadi Haji Marsidi
    • BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Februari. - Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI) selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dan Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan memperkenalkan dan melaksanakan pengumuman keputusan peperiksaan melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai khidmat tambahan, di samping perkhidmatan yang sedia ada.
      Usaha ini adalah kolaborasi bersama DST Communications Sendirian Berhad (DSTCom) sebagai penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) sebagai pembekal kandungan dan fasilitator teknikal bagi perkhidmatan ini.
      Ketua Bahagian Peperiksaan, JPI, KHEU, Awang Haji Shamsol bin Haji Omar selaku Setiausaha LPPUB menjelaskan perkara tersebut dalam Sidang Media Pengumuman Keputusan Peperiksaan-peperiksaan Awam Persekolahan Arab dan Ugama Melalui Pekhidmatan SMS yang berlangsung di Dewan Multaqa, KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas, di sini.
    • 180216 MAHDI4 SMS
      KETUA  Bahagian Peperiksaan, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Shamsol bin Haji Omar (dua dari kanan) selaku Setiausaha Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dalam Sidang Media menjelaskan mengenai Pengumuman Keputusan Peperiksaan-peperiksaan Awam Persekolahan Arab dan Ugama Melalui Pekhidmatan SMS.
      Terdahulu, Awang Haji Shamsol menjelaskan, KHEU melalui Bahagian Peperiksaan, JPI selaku Urus Setia LPPUB bertanggungjawab untuk mengeluarkan keputusan peperiksaan-peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB); Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB); Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB); Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) - (SSSRU); dan Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab (PCKSA).
      Jelasnya,  pengumuman keputusan peperiksaan-peperiksaan berkenaan selalunya  diedarkan terus ke sekolah-sekolah berkenaan dan setiap calon akan mendapatkan keputusan peperiksaan melalui slip penyataan keputusan di sekolah masing-masing.
      Dengan yang demikian, calon-calon, ibu bapa dan penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sama ada pendaftaran secara ‘online’ atau melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.
    • 180216 MAHDI2 SMS
      ANTARA pegawai yang hadir mendengarkan penjelasan mengenai Keputusan Peperiksaan-peperiksaan Awam Persekolahan Arab dan ugama yang akan dibarigakan Melalui Pekhidmatan SMS (atas dan bawah).
    • 180216 MAHDI3 SMS
    • Pendaftaran secara ‘online’ ujarnya, boleh dibuat menerusi laman sesawang KHEU, iaitu ‘www.kheu.gov.bn’.
      Manakala pendaftaran melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit tambahnya, hendaklah menaip : KHEU [jarak] REG [jarak] NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN [jarak] NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST.
      Beliau seterusnya menjelaskan, pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan (percuma) dan pendaftaran akan bermula pada hari Jumaat, 19 Februari 2016.
      Keputusan peperiksaan SMS jelasnya, hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan.
      Beliau seterusnya menjelaskan, pelanggan akan dikenakan caj bayaran sebanyak BND1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.
      Dengan adanya perkhidmatan ini beliau berharap akan dapat memudahkan calon-calon, ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui keputusan peperiksaan dengan cepat dan tepat.
      Dalam pada itu, tujuan perlaksanaan perkhidmatan SMS bagi pengumuman keputusan peperiksaan-peperiksaan awam persekolahan Arab dan Ugama adalah untuk memudahkan setiap calon yang mengikuti peperiksaan-peperiksaan di bawah kawalan LPPUB, KHEU untuk mendapatkan keputusan peperiksaan secara individu melalui perkhidmatan SMS serta memudahkan ibu bapa untuk mengetahui keputusan anak-anak mereka secara individu dengan cepat dan tepat.
      Dengan penghantaran keputusan peperiksaan secara individu, maklumat yang dihantar akan lebih terjamin dan selamat dan Memelihara kerahsiaan keputusan peperiksaan calon-calon dari penyebaran secara terbuka sama ada melalui aplikasi WhatsApp, Facebook atau sebagainya.
    • - Pelita Brunei Online. Jumaat. 10 Jamadilawwal 1437H / 19 Febuari 2016.

Khamis, 21 Januari 2016

Sesi persekolahan agama bermula

  • Oleh:  Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
    • SERIA, Khamis, 7 Januari. - Kemasukan dan pendaftaran Murid- Murid Darjah Pra Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi bagi semua sekolah agama di keempat-empat buah daerah bermula hari ini.
      Seramai 89 orang murid baharu darjah pra tadika telah memulakan sesi persekolahan agama mereka di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri (SU PAP) Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Seria.
      08012016 NORAISAH PRA UGAMA 2
      ANTARA 89 orang murid yang dibahagikan kepada empat kelas darjah pra tadika iaitu Darjah Pra Alif, Ba, Ta dan Sa.

      Guru Besar, Dayang Hajah Zahrah binti Yahya berkata, dari seramai 89 murid-murid tersebut, 48 darinya adalah murid lelaki, manakala 41 adalah murid perempuan dan dibahagikan pada empat kelas pra tadika, iaitu Darjah Pra 'Alif', 'Ba', 'Ta' dan 'Sa'.
      Para ibu bapa juga mendengar penerangan mengenai peraturan-peraturan sekolah termasuk waktu kehadiran ke sekolah.
      "Alhamdulillah setiap tahun ada penambahan murid-murid yang memulakan persekolahan ugama mereka di sini dan pihak sekolah sudah mengatur serta membuat pelbagai persiapan untuk pembelajaran mereka seperti aktiviti suai kenal, membersihkan bilik darjah serta menyediakan buku-buku teks," jelasnya.
      08012016 NORAISAH PRA UGAMA 1
      GURU Besar Sekolah Ugama PAP Rashidah Sa'adtul Bolkiah, Seria, Dayang Hajah Zahrah binti Yahya, ketika menyampaikan taklimat.
      Guru Besar SU PAP Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Seria berharap dari taklimat berkenaan, ibu bapa akan dapat mengambil berat mengenai pelajaran agama anak-anak mereka, memastikan mereka hadir setiap hari bersekolah agama dan mengikuti perkembangan serta kemajuan mereka dan memberi sokongan terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
      Sementara itu, tinjauan Pelita Brunei ke SU Panaga, Seria menyaksikan sekolah berkenaan menerima seramai 66 orang murid baharu terdiri daripada 33 lelaki dan 33 perempuan.
      08012016 NORAISAH PRA UGAMA 5
      KECERIAAN jelas terbayang di wajah murid-murid pra yang memulakan pembelajaran di Sekolah Ugama Panaga, Seria.
      Guru Besar, Dayang Mariam binti Haji Mumin semasa menyampaikan taklimat menekankan tentang Undang-undang Wajib Ugama 2012 yang telah dinyatakan dalam Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Guru Ke-22, 2012.
      Beliau menekankan beberapa peraturan sekolah seperti kehadiran disiplin murid termasuk tentang waktu persekolahan.
      08012016 NORAISAH PRA UGAMA 4
      IBU bapa berserta anak-anak mereka yang mendaftar di Sekolah Ugama Panaga, Seria.
      Guru Besar SU Panaga, Seria berharap agar murid-murid dapat terus maju jaya dalam bidang pelajaran khususnya pendidikan agama yang berguna untuk dunia dan juga akhirat.
    • - Pelita Brunei Online. Sabtu. 09 Januari 2016M.