- Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani, Rohani Haji Abdul Hamid
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. (Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dihadiahkan khusus kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien serta guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan bacaan doa selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
BACAAN doa selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 52 hingga 56 disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Hendra bin Haji Marajah @ Meraji, sementara inti sari kesimpulan ayat oleh Awang Haji Mohd Zul’izzi bin Awang Tengah diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
BACAAN ayat-ayat suci Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 52 hingga 56 disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Hendra bin Haji Marajah @ Meraji, sementara inti sari kesimpulan ayat oleh Awang Haji Mohd Zul’izzi bin Awang Tengah.(Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-24 iaitu Anugerah Guru Berjasa dan Anugerah Guru Cemerlang.
Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dianugerahkan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat.
PENERIMA Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dianugerahkan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Manakala seramai empat orang menerima Anugerah Guru Berjasa terdiri daripada Awang Haji Kassim bin Haji Adis, Awang Haji Othman bin Durani, Dayang Hajah Siti Nafsiah binti Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman dan Dayang Hajah Hafsah binti Haji Naweh.
Sementara itu, Anugerah Guru Cemerlang dianugerahkan kepada empat orang guru terdiri daripada Dayang Hajah Aminah binti Haji Abd Wahab, Dayang Dr. Hajah Zurina binti Haji Harun, Dayang Sharifah Khadijah binti Husien Alkaff dan Ustazah Hajah Norhayati binti Haji Sawal.
Pada akhir majlis, Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama dengan para penerima anugerah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Ke-24 dan dijunjung berangkat menyaksikan pameran dan seterusnya melancarkan dua buah buku iaitu ‘Evolusi dan Transformasi: Kecemerlangan 100 Tahun Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1914-2014’ dan ‘Jurnal Guru’.
Pameran Memperingati 100 Tahun Pendidikan Formal menonjolkan perkembangan pendidikan yang signifikan sejak tahun 1914 sehingga 2014 yang antara lain menyentuh latar belakang Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam bermula apabila wujudnya sekolah Melayu pertama pada tahun 1914.
Bermula dari sini, sektor pendidikan berkembang dengan pesat sejak tertubuhnya beberapa buah sekolah bukan sahaja sekolah Melayu malahan juga sekolah Cina, sekolah Inggeris dan sekolah Arab.
SEBAHAGIAN daripada yang hadir di majlis tersebut. (gambar atas dan bawah). (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Dalam tempoh satu abad, pencapaian sistem pendidikan formal di negara ini mencatatkan kecemerlangan dan kedinamikan yang banyak memberi ruang, sesuai dengan perubahan dan suasana pada era globalisasi masa kini malah ia terus giat berkembang melalui pendidikan yang berfokuskan akademik sehingga membawa kepada pendidikan teknikal, vokasional dan pendidikan agama.
Perkembangan ini selaras dengan keperluan dan kehendak negara untuk melahirkan satu generasi penerus yang berilmu dan bersahsiah melalui penghayatan konsep negara Melayu Islam Beraja.
Konsep pameran berpaksikan terowong masa (journey line) mengikut empat fasa iaitu Fasa I ( 1914-1950), Fasa II (1961-1967), Fasa III (1968-1983) dan Fasa IV (1984-2014).
Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah DYMM juga berkenan menerima junjung ziarah bersama ahli-ahli jawatankuasa kerja, guru-guru, pelajar-pelajar, siswa, siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi.
- Pelita Brunei Online. Khamis, 09 Oktober 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan