- Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Masri Osman
- MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa beramah mesra bersama penuntut-penuntut lelaki yang baru mendaftar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi Sesi Akademik 2016/2017.BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Januari. - Seramai 312 pelajar Pra U1 telah mendaftar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi Sesi Akademik 2016/2017.Majlis Pendaftaran, Ta'aruf dan Silaturrahim bagi pelajar berkenaan berlangsung di Dewan Al-Azkiyaa, SM ALHB, di sini.Sesi Akademik 2016/2017 SMALHB tahun ini mencatatkan seramai 134 lelaki dan 178 pelajar perempuan telah mendaftar dan akan mengikuti jurusan Syariah, Usuluddin, Lughah, Umum 1 dan Umum 2.Hadir bagi membuat tinjauan dan memastikan perjalanan pendaftaran berjalan dengan sempurna dan teratur ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa beramah mesra bersama penuntut-penuntut perempuan yang baru mendaftar.Dalam tinjauan tersebut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berpeluang berinteraksi dan beramah mesra dengan para pelajar Pra U1 dan guru sekolah berkenaan.Pelajar-pelajar yang diterima masuk ke SMALHB terdiri daripada pelajar lepasan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Ma’had Islam Brunei, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan pelajar persendirian yang telah lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 2015/2016 yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga penuntut-penuntut yang hadir (gambar atas dan bawah). Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga penuntut-penuntut yang hadir. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi taklimat dan pendedahan kepada ibu bapa serta penjaga pelajar dan pelajar baru tentang pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum sekolah.Selain itu para pelajar juga diharap dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran sekolah yang baru serta menjalinkan hubungan silaturahim bersama warga sekolah.YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa sesi bergambar ramai di majlis berkenaan.Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan KHEU; dan pemangku pengetua sekolah berkenaan, Dayang Hajah Norjainah binti Haji Buntar.
- - Pelita Brunei Online. Selasa, 19 Januari 2016M.
Selasa, 19 Januari 2016
SMALHB terima kemasukan pelajar Pra U1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan