Selasa, 19 Januari 2016

SMALHB terima kemasukan pelajar Pra U1

  • Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Masri Osman
    • MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa beramah mesra bersama penuntut-penuntut lelaki yang baru mendaftar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi Sesi Akademik 2016/2017.
      MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa beramah mesra bersama penuntut-penuntut lelaki yang baru mendaftar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi Sesi Akademik 2016/2017.
      BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Januari. - Seramai 312 pelajar Pra U1 telah mendaftar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) bagi Sesi Akademik 2016/2017.
      Majlis Pendaftaran, Ta'aruf dan Silaturrahim bagi pelajar berkenaan berlangsung di Dewan Al-Azkiyaa, SM ALHB, di sini.
      Sesi Akademik 2016/2017 SMALHB tahun ini mencatatkan seramai 134 lelaki dan 178 pelajar perempuan telah mendaftar dan akan mengikuti jurusan Syariah, Usuluddin, Lughah, Umum 1 dan Umum 2.
      Hadir bagi membuat tinjauan dan memastikan perjalanan pendaftaran berjalan dengan sempurna dan teratur ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.
      180116 MASRI 005 TAARUF
      MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa beramah mesra bersama penuntut-penuntut perempuan yang baru mendaftar.
      Dalam tinjauan tersebut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berpeluang berinteraksi dan beramah mesra dengan para pelajar Pra U1 dan guru sekolah berkenaan.
      Pelajar-pelajar yang diterima masuk ke SMALHB terdiri daripada pelajar lepasan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Ma’had Islam Brunei, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan pelajar persendirian yang telah lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 2015/2016 yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
      180116 MASRI 002 TAARUF
      YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga penuntut-penuntut yang hadir (gambar atas dan bawah). Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.
      180116 MASRI 003 TAARUF
      YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga penuntut-penuntut yang hadir. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.
      Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi taklimat dan pendedahan kepada ibu bapa serta penjaga pelajar dan pelajar baru tentang pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum sekolah.
      Selain itu para pelajar juga diharap dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran sekolah yang baru serta menjalinkan hubungan silaturahim bersama warga sekolah.
      180116 MASRI 001 TAARUFYANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa sesi bergambar ramai di majlis berkenaan.
      Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan KHEU; dan pemangku pengetua sekolah berkenaan, Dayang Hajah Norjainah binti Haji Buntar.
    • - Pelita Brunei Online. Selasa, 19 Januari 2016M.

48 pupils feted under Khatam Al-Quran Incentive Scheme

Abdul Hakiim Yakof

YANG Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah, the daughter of His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, consented yesterday to attend the prize presentation for the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme for Religious and Arabic School Pupils.
Also present was her husband, Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin bin Pengiran Haji Hashim and their son Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin.
Among the prize recipients was their daughter, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, who represented the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Religious School, Brunei I.
The prize presentation was carried out by the guest of honour, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, the Minister of Religious Affairs.
The ceremony was held at the hall of the Religious Teachers University College of Seri Begawan (KUPU SB).
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah, the daughter of His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, and Pengiran Haji Mo-hammad Hakimmuddin bin Pengiran Haji Hashim in a group photo with Pehin Udana Khatib Dato Padu-ka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, the Minister of Religious Affairs, and other recipients of the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah, the daughter of His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, and Pengiran Haji Mo-hammad Hakimmuddin bin Pengiran Haji Hashim in a group photo with Pehin Udana Khatib Dato Padu-ka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, the Minister of Religious Affairs, and other recipients of the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah and Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah and Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah
Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah and Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin
Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah and Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin
Photos above & below show the Minister of Religious Affairs presenting awards to recipients
Photos above & below show the Minister of Religious Affairs presenting awards to recipients
p03-5_20160119
The Minister of Religious Affairs presenting a trophy to a recipient. - PHOTOS: AZROL AZMI
The Minister of Religious Affairs presenting a trophy to a recipient. – PHOTOS: AZROL AZMI
In her welcoming speech, Ustazah Hajah Rusita binti Haji Yahya, the Acting Director of Islamic Studies under the Ministry of Religious Affairs, stated that from 1991 to 2015, the scheme has produced 1,043 pupils who completed their Al-Quran reading before the age of 10.
“The Islamic Studies Department will continue to work and cooperate with parents and the community from time to time, to uphold the wish of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, for the nation to be Al-Quran literate, and to realise the aspirations for Brunei Darussalam to be a Zikir Nation,” she said.
Two hundred and eighty pupils registered for the semi-finals, with 48 proceeding to the national finals. The Brunei I area of the Brunei-Muara District recorded 18 participants in the finals, which is the highest number for all four districts.
The scheme is designed to motivate children to complete 30 Juzuks before the age of 10, and to instil the reading of Al-Quran as a lifelong habit.
- Borneo Bulletin Online. Wednesday, January 20, 2016.

MoRA to introduce new Al-Quran learning system

 Hakim Hayat

THE Ministry of Religious Affairs (MoRA) will be introducing a new Al-Quran learning system for nationwide religious schools by 2017, which will enable pupils below the age of 10 to complete their reading of Al-Quran, said the Minister of Religious Affairs yesterday.
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman said religious school pupils under the age of 10 years should be capable of completing their Al-Quran studies, since a scheme devised over two decades ago prove that many can excel in it.
He made the remarks yesterday during his speech at an awards ceremony for the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme for Religious and Arabic School Pupils, where 48 children who successfully completed the programme were finalists.
The scheme, introduced in 1991, has seen over 1,000 individuals completing the programme since its inception, and is judged based on several criteria focusing on the correct method and other aspects of Al-Quran reading.
The minister said 280 religious school pupils registered for the scheme this year, which promises monetary rewards upon successful completion of reading 30 Juzuks of the Al-Quran but from that number, 186 made it through the initial screening, and only 48 made it to the final round.
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs, presenting an award to Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, who represented the Yayasan Sultan Haji Has-sanal Bolkiah Religious School, Brunei I, in the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme for Reli-gious and Arabic School Pupils. - AZROL AZMI
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Minister of Religious Affairs, presenting an award to Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, who represented the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Religious School, Brunei I, in the Under 10 Khatam Al-Quran Incentive Scheme for Religious and Arabic School Pupils. – AZROL AZMI
The minister added that based on the encouraging number of religious school pupils who have completed the scheme, and with the scheme’s evaluation methods in line with current Al-Quran education for Religious Preschool until Primary 2, it should be an “ideal” system for the pupils who are only currently learning basic Al-Quran reading in the early years of religious school.
“I think we should give this matter immediate attention. The existing scheme is valuable, but in ensuring the precision and alignment of Al-Quran education, it should correspond with current learning phase and capabilities of pupils,” the minister added.
He went on to say that this is in line with the ministry’s new approach in Al-Quran learning in religious schools, in ensuring that future generations are equipped with Al-Quran reading capabilities in all aspects, including the correct way of reciting and understanding its contents.
The event was held at the Religious Teachers University College of Seri Begawan (KUPU SB) yesterday.
- Borneo Bulletin Online.Wednesday, January 20, 2016.

Selasa, 12 Januari 2016

Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama

  • Oleh:  Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
    • KUALA BELAIT, Sabtu, 9 Januari. - Seramai 99 pelajar dan tujuh guru ugama dari Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin yang terlibat dalam program penghayatan berugama telah mengikuti Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi bulan Januari tahun ini.
      Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan melalui program yang diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah ingin merealisasikan Rancangan Strategik JPI dalam meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah ugama dalam meningkatkan keberkesanan program kokurikulum.
      Program yang ditumpukan di Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Kuala Belait petang itu dimulai dengan sesi tazkirah mengenai kelebihan selawat Nabi yang disampaikan oleh Jurimah bin Jumat yang antara lain menyentuh mengenai kelebihan-kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bererti kita telah melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala ke atas hamba-hamba-Nya yang melibatkan pelajar Darjah Pra, Darjah I dan IV sekolah berkenaan.
      090116 NORA-1 SU AHMAD TAJUDINBACAAN Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Pengiran Hidayatul Rabielawal bin Pengiran Haji Rosli.
      Program yang dihasratkan untuk melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan dengan melibatkan semua pelajar untuk mengikuti program berkenaan adalah untuk menerangkan kepada mereka tentang kelebihan selawat Nabi.
      Antara kelebihan selawat Nabi sepertimana Allah Subahanhu Wata’ala dan para malaikat berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan akan mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah Subhanahu Wata’ala ke atas diri kita di atas setiap selawat yang kita ucapkan (selawat daripada Allah Subhanahu Wata’ala bererti rahmat diiringi dengan selawat para malaikat).
      Berselawat ke atas Nabi akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala 10 darjat atas setiap satu-satu selawat dan akan dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat serta Allah Subhanahu Wata’ala menghapuskan 10 kejahatan atas setiap selawat.
      090116 NORA-4 SU AHMAD TAJUDINANTARA guru yang hadir pada majlis berkenaan.
      Program diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Pengiran Hidayatul Rabielawal bin Pengiran Haji Rosli dan acara kemudiannya disudahi dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
      JPI mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Januari yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah Arab pada jam 2.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama seluruh daerah.
      090116 NORA-3 SU AHMAD TAJUDINPENYERTAAN murid lelaki, pelajar Darjah Pra, Darjah I dan IV seramai 59 orang.
      090116 NORA-2 SU AHMAD TAJUDINPENYERTAAN murid perempuan seramai 40 orang.
      Misi JPI ialah meningkatkan dan memantapkan sistem pendidikan dan pelajaran ugama menerusi pengurusan dan pendekatan yang berkesan dan dinamik melalui persekolahan ugama, persekolahan Arab dan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Perlembagaan Negara, Falsafah Negara Melayu Islam Beraja, Falsafah Pendidikan Negara dan Undang-Undang yang berkaitan.
      Program seumpama ini dihasratkan akan dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai hidup berugama dan berakhlak mulia selain menyokong pengisian hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.
      Program Keagamaan Senegara ini juga merupakan kegiatan bulanan di sepanjang tahun yang akan diteruskan di antara sekolah-sekolah ugama yang terlibat selain Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Belait ialah Sekolah Ugama Pelambayan, Brunei I; Sekolah Ugama Lamunin, Tutong dan Sekolah Ugama Bokok, Temburong.
    • - Pelita Brunei Online. Sabtu, 09 Januari 2016.

JPI mantapkan sistem pendidikan ugama

  • Oleh:  Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin / Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
    • KAMPUNG LAMUNIN, Sabtu, 9 Januari.- Sistem pendidikan dan pelajaran ugama terus dipertingkatkan dan dipermantapkan menerusi pengurusan dan pendekatan yang berkesan dan dinamik melalui persekolahan ugama, persekolahan Arab dan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam.
      Pendekatan itu adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Perlembagaan Negara, Falsafah Negara Melayu Islam Beraja, Falsafah Pendidikan Negara dan Undang-Undang yang berkaitan bagi merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam (JPI).
      Dalam melaksanakan misi tersebut, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi bulan Januari yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 atau 9.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah Arab dan pada jam 2.00 atau 3.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama sesi petang seluruh daerah.
    • 090116 HJMAS6 SULAMUNIN
    • TAKZIRAH bertajuk 'Kelebihan Selawat Nabi' yang disampaikan oleh Guru sekolah tersebut iaitu, Awang Saiful Rizal bin Muhammad Ali dan diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas dan selawat-selawat Nabi.
      Sehubungan itu, Sekolah Ugama Lamunin Tutong 1 telah menyelenggarakan program berkenaan yang dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah.
    • 090116 HJMAS3 SULAMUNIN
    • PROGRAM Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab diharap dapat melahirkan aqidah yang kukuh dan akhlak yang mulia di samping menggalakkan para pelajar mengikuti program penghayatan ugama, serta menerangkan akan kelebihan bersalawat kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
      Acara diteruskan lagi dengan tazkirah bertajuk 'Kelebihan Selawat Nabi' yang disampaikan oleh Guru sekolah tersebut iaitu, Awang Saiful Rizal bin Muhammad Ali dan diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas dan selawat-selawat Nabi.
      Akhir majlis tersebut ditutupi dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Awang Shamran bin Haji Bungsu.
    • 090116 HJMAS5 SULAMUNIN
    • PROGRAM Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Januari
      yang diselenggarakan oleh Sekolah Ugama Lamunin Tutong 1.
      Program antara lain diharapkan dapat melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia, menggalakkan para pelajar mengikuti program penghayatan ugama serta menerangkan akan kelebihan berselawat kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
      Program Keagamaan Senegara ini juga merupakan kegiatan bulanan di sepanjang tahun yang mana sesi program seumpamanya akan diteruskan lagi pada bulan Februari di antara sekolah-sekolah ugama dan Arab di seluruh negara.

    • - Pelita Brunei Online. Sabtu, 09 Januari 2016.

Ma'had terima penuntut baharu

  • Oleh:  Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
  • TUTONG, Isnin, 11 Januari. - 'Ke arah melahirkan cendekiawan muslim sejati' merupakan Misi Ma'had Islam Brunei (MIB). Dalam merealisasikan matlamat tersebut, MIB menyelenggarakan Majlis Pendaftaran Kemasukan Penuntut Sanah 5 (Tahun 5), bertempat di Dewan Besar Ma'had Islam Brunei, Tutong.
    Seramai 91 orang penuntut Sanah 5 yang baharu, mendaftar ke Ma'had Islam Brunei, 41 orang daripadanya adalah penuntut lelaki dan 50 orang adalah penuntut perempuan.
    Dari jumlah berkenaan, sebahagian besar penuntut terdiri daripada penduduk Daerah Tutong dan selebihnya adalah dari Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Belait.
    Tahun ini, ma'had juga menerima dua penuntut dari luar negara.
    Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diketuai oleh Guru Kanan Ko-Kurikulum, Awang Ariffin bin Haji Hamid, diikuti dengan ucapan alu-aluan dan sejarah ringkas ma'had yang disampaikan oleh Pemangku Pengetua.
  • 110116 MASMALEH MAHAD ISLAM 6
  • TIMBALAN Pengetua Akademik, Dayang Kamsiah binti Haji Morsidi semasa menyampaikan taklimat di majlis berkenaan.
    Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai pentadbiran, akademik dan mata pelajaran yang ditawarkan oleh ma'had tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Zaidi bin Mohidin dan Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Kamsiah binti Haji Morsidi.
  • 110116 MASMALEH MAHAD ISLAM 5

  • 110116 MASMALEH MAHAD ISLAM 4
  • PARA pelajar baru Ma'had Islam Tutong semasa membaca ikrar.
    Acara diikuti dengan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Lujnah Thullabiah dan Lagu Rasmi Ma'had Islam Brunei.
    Untuk memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, Awang Halizam bin Haji Asli.
  • 110116 MASMALEH MAHAD ISLAM 1

  • 110116 MASMALEH MAHAD ISLAM 3
  • SEBAHAGIAN pelajar baru mendengarkan taklimat.
    Prefek-prefek kemudiannya membawa penuntut-penuntut berkenaan ke kelas masing-masing.
    Hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, pemangku pengetua, timbalan-timbalan pengetua, guru-guru kanan, pegawai-pegawai, guru-guru yang terlibat dan penuntut-penuntut sanah 5 serta ibu bapa serta penjaga mereka.
  • - Pelita Brunei Online. Isnin, 11 Januari 2016.

Ahad, 10 Januari 2016

Pastikan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 dipatuhi

Oleh:  Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Masri Osman

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman beramah mesra bersama dengan salah seorang murid prasekolah yang baharu memulakan persekolahan.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman beramah mesra bersama dengan salah seorang murid prasekolah yang baharu memulakan persekolahan.
  •  
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Januari. - Perintah Pendidikan Ugama Wajib yang mula berkuat kuasa sejak tiga tahun lalu bukanlah semata-mata untuk belajar ugama ataupun pelajaran ugama diajarkan sebagai satu mata pelajaran, malah ia adalah dihasratkan untuk memastikan adanya kesinambungan dalam persekolahan ugama.
Ia juga bermaksud bahawa adanya persekolahan ugama dalam satu peringkat di mana sekolah ugama itu mendidik dan mendisiplinkan para pelajar bagi melahirkan mereka sebagai seorang Muslim yang sempurna.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dalam temu bual bersama pihak media semasa mengadakan tinjauan pendaftaran murid-murid baharu Darjah Pra sekolah ugama tahun 2016 di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah (SUPAPMHB), Serusop.
Dalam memantapkan lagi sistem pendidikan ugama di negara ini, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan bahawa pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sudah menyediakan strategi-strategi khusus antaranya dalam menyediakan kemudahan dari setahun ke setahun, kemudahan tempat, persiapan para guru dan sebagainya.
070116 MASRI6 PRAUGAMA
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa ditemu bual oleh pihak media.

Apa yang paling penting, tambah Yang Berhormat, ialah tiada pelajar yang akan tercicir daripada pendidikan ugama.
Ini, jelas Yang Berhormat, kerana mengikut Akta Pendidikan Ugama Wajib ialah untuk memastikan generasi Brunei yang akan datang, mempunyai asas pendidikan ugama sekurang-kurangnya hingga Darjah VI yang mana ianya juga adalah bagi melengkapkan mereka sebagai seorang Muslim/Muslimah yang dapat menunaikan fardu ain.
Yang Berhormat berkata, ianya berbeza apabila mereka masuk sekolah menengah dan mengikuti pelajaran Islamic Religious Knowledge (IRK), yang mana subjek IRK itu adalah untuk melengkapi, mengemaskan dan mengukuhkan lagi apa yang sudah diajar di sekolah rendah.
Menyentuh mengenai jumlah kemasukan murid-murid ke Darjah Pra persekolahan ugama tahun ini, Yang Berhormat berkata, bahawa seramai 5,258 orang murid telah mendaftar di keempat-empat daerah.

070116 MASRI5 PRAUGAMA
YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama Timbalannya, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud beramah mesra bersama murid prasekolah yang baharu di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah (SUPAPMHB), Serusop.


"Jika dilihat dari perangkaan tersebut, ia menunjukkan satu petanda yang baik. Ertinya kalau ini berterusan, maka generasi Brunei akan datang merupakan generasi yang berpelajaran ugama," tambah Yang Berhormat.
Rombongan Yang Berhormat disertai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.
Tinjauan Menteri Hal Ehwal Ugama tersebut adalah bagi memastikan perjalanan pendaftaran murid-murid baharu Darjah Pra tahun 2016 ke sekolah-sekolah ugama di seluruh negara berjalan dengan sempurna dan teratur, selain memastikan pendaftaran dan kemasukan murid-murid tersebut menepati kehendak Akta Pendidikan Ugama Wajib (Penggal 215) yang mana tidak ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam.
Daripada jumlah keseluruhan pendaftaran murid-murid Darjah Pra di seluruh daerah iaitu 5,258 murid, Daerah Brunei dan Muara telah mencatatkan pendaftaran yang tertinggi dengan keramaian 3,764 orang murid-murid baharu.

070116 MASRI3 PRAUGAMA
YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama beramah mesra bersama bapa kepada seorang murid prasekolah yang baharu mendaftar.
Semasa tinjauan tersebut, Yang Berhormat juga beramah mesra dengan murid-murid yang baharu mendaftar dan berinteraksi dengan ibu bapa dan penjaga murid-murid yang sama-sama berperanan besar dalam menanai tanggungjawab dan meninggikan lagi pendidikan Islam.
Seramai 92 murid baharu Darjah Pra didaftarkan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah yang mana 35 daripadanya mengikuti sesi pengajian ugama sebelah pagi, manakala 57 lagi mengikuti sesi pembelajaran ugama sebelah petang.
Semasa sesi pendaftaran tersebut, para ibu bapa dan penjaga murid-murid turut mendengarkan taklimat mengenai panduan dan makluman mengenai sekolah tersebut terutamanya bagi murid-murid baharu.
Dalam Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 antara lain menyatakan bahawa tiap-tiap ibu bapa hendaklah, jika anaknya adalah seorang kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah ugama pada 1 Januari 2013, memastikan bahawa anaknya itu didaftarkan sebagai seorang murid di sebuah sekolah ugama pada tahun itu dan terus menjadi seorang murid bagi tempoh pendidikan ugama wajib.