JERUDONG, Jumaat, 4 Julai. - Nasib anak-anak yatim di negara ini tidak pernah dilupakan menjelang Hari Raya Aidifitri dengan mendapat sumbangan derma dan bantuan kewangan.
Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma dan Hadiah Sempena Menjelang Hari Raya
Aidilfitri kepada seramai 90 orang anak yatim di bawah Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
(KKBS) bertempat di Pusat Kesenian sekolah berkenaan.
Menyampaikan sumbangan wang tunai dan hadiah ialah Ketua Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah.
KETUA Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah menyampaikan sumbangan derma kewangan
kepada salah seorang anak yatim. (Foto : Ihsan JIS)
kepada salah seorang anak yatim. (Foto : Ihsan JIS)
Sumbangan adalah merupakan derma ikhlas
daripada para ibu bapa serta penjaga pelajar JIS yang bermurah hati bagi
sama-sama berkongsi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan
menjelang tiba.
Tujuan majlis adalah bagi menggalakkan pelajar sentiasa mengamalkan bersedekah di dalam bulan Ramadan
yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan kerana dengan bersedakah kepada
anak-anak yatim itu akan menambahkan ukhuwah, takaful dan berkasih sayang sesama manusia.
Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada pelajar-pelajar ugama JIS.
- Pelita Brunei Online. Sabtu, 5 Julai 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan