SERIA, Selasa, 24 Jun. -
Program keagamaan senegara diadakan serentak seluruh negara melibatkan
semua sekolah ugama dengan tumpuan sekolah dan perisian-perisian berbeza
setiap bulan.
Di Daerah Belait, pusat tumpuan program
kali ini di Sekolah Ugama Panaga dan perisian program merangkumi
tazkirah mambaca tahlil dan doa arwah, membaca Surah Yaa Siin, membaca
tahlil dan doa arwah serta membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara
Brunei Darussalam.
PEGAWAI Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan mengetuai rombongan menyaksikan pelaksanaan program.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
Progam dimulakan dengan tazkirah yang
disampaikan oleh Guru Besar Sekolah, Dayang Mariam binti Haji Momin yang
antara lain menerangkan tujuan membaca tahlil dan doa arwah dalam
program tersebut bagi memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan
pembacaan tahlil dan doa arwah.
Selain itu kata beliau, ia juga
bertujuan bagi mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan
doa arwah serta sebagai usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan
ugama bagi memastikan murid-murid pandai membaca tahlil dan doa arwah
dengan baik.
MURID-MURID
sedang membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik
Mengajar KUPUSB, Awang Mohd. Sawarli bin Abdullah. (Foto : Dk. Hajah
Saidah Pg. Haji Omaralli)
Program diteruskan dengan membaca Surah
Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik Mengajar Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohd. Sawarli
bin Abdullah dan diikuti kemudian membaca tahlil dan doa arwah oleh Guru
Kanan Amali Ugama Sekolah berkenaan, Awang Johrizan bin Johari serta
diakhiri dengan bacaaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei
Darussalam oleh Guru Kanan Al-Qur'an sekolah itu, Awangku Mohd. Herman
bin Pengiran Mohammad.
Program melibatkan 280 pelajar di
sekolah itu termasuk 166 murid sesi awal merangkumi 83 lelaki dan 83
perempuan dan sesi akhir seramai 114 murid terdiri daripada 64 lelaki
dan 50 perempuan, manakala jumlah guru 45 orang termasuk 25 guru lelaki
dan 20 guru termasuk guru besar membuat pemantauan program bagi
memastikan program berjalan lancar dan teratur.
PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Panaga, Seria.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
Pelaksanaan program disaksikan oleh
rombongan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Cawangan
Daerah Belait yang diketuai oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait,
Dayang Hazalina binti Dhalan termasuk dua orang pegawai kenaziran Daerah
Belait.
Program bulanan tersebut dianjurkan oleh
JPI Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan matlamat bagi menanam dan
memupuk kefahaman tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan
kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap kanak-kanak
dan juga masyarakat umum.
- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan