Khamis, 27 September 2012

Religious studies compulsory for all Muslim students

Aziz Idris
His Majesty delivers the titah.



His Majesty presents Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien award to YAM Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim.



His Majesty is all smiles as he speaks to students posing in various animal costumes. - PHOTOS: DEAN KASSIM
 
A new Education Order will come into effect January 1, 2013 as His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to enact the "Compulsory Religious Education Order 2012", which focuses on religious studies to be made compulsory for all Muslim students in the country.

His Majesty made the announcement in his titah yesterday during the 22nd Teacher's Day celebration at the International Convention Centre in Berakas.

The monarch said he was confident that with the enforcement of the new order "Insha Allah, not one Muslim child in this country will be left out from understanding the basic Islamic knowledge. There would also be no one who will not know how to perform prayer or read the Quran".

His Majesty explained that in education, there are two fundamental elements - religion and general (studies) - whereby people so often prioritise only general (studies) and forget the religious aspect.

The ruler said it is regrettable for the country not to have a compulsory religious educational system even after almost 50 years.

His Majesty then highlighted current issues, the development of primary and secondary education before zeroing in on the progress of technical education.

With regards to development in primary and secondary education, the ruler said, "In my observation, and from results gathered from my working visits to government schools (primary and secondary), students' proficiency in Mathematics and English subjects, although progressing steadily, still has room for improvement.

"This is important, since the basic level of proficiency acts as a strong base for students to continue their studies in secondary level or higher."

In view of this, efforts must be intensified to overcome the shortages of local teachers who teach both - Mathematics and Language, pointed the ruler.

But when the ruler said 'language', it is not limited to merely 'English' but also 'Malay'. His Majesty said he heard rumours that exami-nation marks in the Malay Language tend to be lower than that of English Language.

"If the rumours are true, then why the Malay Language is not strengthened?" asked His Majesty. "Remember, language is the soul of the nation."

His Majesty then spelt out some initiatives that are being actively pursued by the Ministry of Education in order to enhance education through international best practices including the implementation of projects such as the Model Schools and Learning Educators Advancing Pedagogy for 21st Century (LEAP21).

Some of the salient aspects of the Model Schools include the autonomy in administrative management, the relationship with the community, changes in school culture, and capacity building for teachers. These are among the best practices that have been initiated, said the ruler.

His Majesty expressed his hope that these initiatives will help students excel in their respective fields.

The monarch then moved onto the progress that has been achieved in field of technical education whereby an in-depth research is currently under way and will be examined before its implementation.

"A strategic plan should be developed for the purpose of achieving the technical education. This includes, if necessary, direct involvement by the industry and operators to enable them to share their experience and expertise," suggested the ruler.

His Majesty called on the Ministry of Education to look at service scheme for technical education and provide innovation to enable the workforce in this industry to become instructors in technical education institutions, either part-time or full-time.

His Majesty then commended the aptness of this year's theme 'Quality Teachers Innovative Learners'. "The theme clearly states that the capacity of teachers that is required and their role in producing students who are more progressive.

"In my opinion, the quality of teachers matters in various subjects and they should lead by example for students to emulate. They should possess sincere attitude and be efficient and rich in knowledge in educating students to become knowledgeable."

In conjunction with the Teacher's Day celebration, His Majesty also extended his appreciation to all teachers in the country. "Hopefully, the celebration can continuously ignite the passion among teachers in contributing their service as educators."

His Majesty also took the opportunity to acknowledge the involvement of all students from both public and private schools under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs for the 66-time Khatam Al-Quran, especially dedicated to His Majesty for his 66th birthday celebration last July.

Such an activity, according to His Majesty, will help produce role models who are both knowledgeable and faithful to the religion.
 - Borneo Bulletin - September 25, 2012 Tuesday

Wajib celik ugama


Oleh Hasrulraizan
Gambar oleh Muiz Matdani

 Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien kepada Yang Amat Mulia Pengiran Seri Negara Pengiran Haji Mohd Yusof.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept - Menyentuh sanubari apabila pemimpin tertinggi di negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menzahirkan bahawa dengan kemahuan Baginda sendiri, Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 telah digubal yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

Menurut Baginda Sultan sewaktu bertitah di Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22, 2012 pagi ini, dengan berjalannya undang-undang itu nanti, tidak akan ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui asas pendidikan Islam, tidak pandai solat dan tidak pandai membaca Al-Quran.

Pada majlis di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas itu, Baginda Sultan dalam titah Baginda turut menyentuh mengenai perlunya peningkatan lanjut penguasaan kemahiran pelajar di peringkat rendah dan menengah dalam bidang Matematik, Bahasa Inggeris dan khususnya Bahasa Melayu.

Baginda Sultan turut bertitah akan perlunya Kementerian Pendidikan melihat Skim Perkhidmatan Pendidikan Teknik serta memberikan inovasi kepada skim berkenaan untuk membolehkan tenaga kerja di industri itu dapat menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian teknik, sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Baginda juga menekankan sangat perlunya diberikan perhatian bahawa dalam pendidikan itu terdapat dua unsur, ugama dan umum, dan orang-orang sering lupa dan malah terlajak mengutamakan yang umum saja, sehingga tertinggal atau tercicir ugama. Dalam hubungan itu, Brunei sendiri turut mengalami sindrom "lupa" itu dengan membiarkan dirinya tidak mempunyai sistem persekolahan "Wajib Ugama" selama kira-kira 50 tahun, suatu keterlaluan yang amat dikesalkan, titah Baginda Sultan lanjut.

"Maka dengan kemahuan Beta sendiri, satu undang-undang khas telah digubal yang dikenali sebagai Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012. Undang-undang ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

"Dengan berjalannya undang-undang ini, insya Allah, tidaklah akan ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam. Tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Quran.

"Menyentuh perkembangan pendidikan khususnya pendidikan di peringkat rendah dan menengah, dalam pemerhatian Beta dan hasil maklumat dari lawatan ke sekolah-sekolah kerajaan, penguasaan kemahiran pelajar dalam bidang Matematik dan Bahasa, sungguhpun ada menunjukkan kemajuan, namun masih saja memerlukan peningkatan."

Titah Baginda, perkara itu penting memandangkan penguasaan dari peringkat asas adalah tapak yang kukuh untuk meneruskan pelajaran ke pengajian menengah dan tinggi.

Sehubungan itu, Baginda Sultan bertitah supaya usaha mestilah dipertingkatkan lagi bagi menutupi kekurangan guru-guru tempatan yang mengajar dua bidang berkenaan iaitu Bahasa dan Matematik.

"Apabila Beta menyebut 'Bahasa', bukanlah terhad kepada Bahasa Inggeris saja. Malah juga Bahasa Melayu sendiri. Kerana khabar-khabarnya, markah Bahasa Melayu dalam ujian atau peperiksaan sering didapati rendah berbanding markah Bahasa Inggeris.

"Kalaulah itu benar, mengapakah pelajaran Bahasa Melayu juga tidak dikuatkan? Ingatlah, bahawa bahasa itu adalah jiwa bangsa.

"Beta difahamkan beberapa inisiatif sedang giat diusahakan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan pendidikan melalui amalan-amalan terbaik global termasuk pelaksanaan projek-projek seperti Model Schools dan Learning Educators Advancing Pedagogy for 21st Century."

Dimensi-dimensi yang diserapkan dalam Model Schools termasuklah autonomi dalam tadbir-urus, hubungan dengan komuniti, perubahan budaya sekolah dan pembangunan kapasiti guru adalah merupakan antara amalan terbaik antarabangsa yang terkandung dalam projek berkenaan, titah Baginda Sultan.
Semua itu diharapkan dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing, titah Baginda Sultan lagi.

"Dalam bidang pendidikan teknik pula Beta difahamkan satu kajian mengenainya sedang dilaksanakan. Beta berharap kajian ini akan dapat diteliti untuk dilaksanakan." Menurut Baginda Sultan, satu perancangan strategi perlulah diusahakan bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan teknik berkenaan termasuk jika perlu, penglibatan secara langsung oleh pihak industri dan pengusaha, sehingga membolehkan mereka mengongsikan pengalaman serta kepakaran masing-masing.

"Ke arah ini, Kementerian Pendidikan perlulah melihat skim perkhidmatan Pendidikan Teknik serta memberikan inovasi kepada skim tersebut untuk membolehkan tenaga kerja di industri ini dapat menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian teknik, sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Ketika bertitah, Baginda Sultan turut mengambil kesempatan dengan ikhlas mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di Negara ini sambil berdoa semoga sambutan yang diraikan itu dapat menyemarakkan terus semangat para guru dalam menyumbang khidmat selaku pendidik.

Di kesempatan itu, Baginda Sultan juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih di atas penglibatan para murid dan pelajar di sekolah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam Majlis Khatamal Quran Sebanyak 66 Kali Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan yang Ke-66 Tahun.

Titah Baginda Sultan, kegiatan seumpama itu boleh membantu usaha ke arah melahirkan model insan yang berilmu, berkepandaian serta beriman.

Menyentuh tema Hari Guru tahun ini, Guru Berkualiti Pelajar Berinovasi, Baginda Sultan bertitah tema itu jelas menuntut kapasiti guru dan peranan mereka untuk melahirkan pelajar yang berdaya maju.

"Kualiti guru pada hemat Beta mencakupi beberapa perkara pokok iaitu peribadi yang baik untuk diteladani oleh pelajar, sikap ikhlas, cekap dan kaya ilmu untuk mendidik para murid atau pelajar menjadi insan yang berpengetahuan dan berakhlak mulia."

 - Media Permata - Selasa, 25 September 2012