Rabu, 19 November 2014

Solat Hajat & Membaca Surah Yaaseen bagi calon-calon SSRU 2014.

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 14 November - Pada petang hari ini satu majlis keugamaan telah diadakan di Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong. Majlis tersebut ialah Majlis Solat Hajat dan Membaca Surah Yaaseen khusus bagi calon-calon peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI bagi tahun 2014M/1436H bagi sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III. 

Sementara itu, Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong juga mengadakan majlis serupa secara berasingan. Majlis mengambil tempat di Masjid As-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Kampong Melabau. Di antara yang menghadiri majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian tahunan bagi sekolah berkenaan.

Rabu, 12 November 2014

Bengkel Memperkasa Kefahaman dan Kemahiran Dalam Pengajaran-Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III bagi Tahun 1436H/2014M.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 November. - Bagi memperkasa kefahaman dan kemahiran guru-guru di dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan bengkel berkaitan mulai Hari Selasa, 4 November hingga Hari Khamis 13 November 2014. Bengkel yang diadakan di Dewan Fathul Busra Sekolah Ugama Beribi itu menyasarkan guru-guru ugama yang bertugas di Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei III.

Di antara kandungan taklimat adalah meliputi cara penyediaan Rancangan Mengajar Harian atau Persediaan Mengajar (PM), Rancangan Kerja Tahunan (RKT) dan Plan Tindakan Sekolah (PTS) yang mana terdapat format baharu di dalam penyediaan perkara-perkara berkenaan yang akan mula digunapakai mulai awal tahun 2015.

Pembentangan penyediaan PM dari guru-guru peserta bengkel serta sesi soal jawab juga diadakan. Bengkel ini di akhiri dengan penyampaian Buku Panduan Penyediaan Persediaan Mengajar kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Bengkel dijangka berakhir pada esok Hari Khamis, 13 November 2014M.

Berangkat ke Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal

    Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani, Rohani Haji Abdul Hamid

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. (Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas)
    BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam.
    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
    Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dihadiahkan khusus kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien serta guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan bacaan doa selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    091014 ASRI14 KDYMM
    BACAAN doa selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
    Bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 52 hingga 56 disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Hendra bin Haji Marajah @ Meraji, sementara inti sari kesimpulan ayat oleh Awang Haji Mohd Zul’izzi bin Awang Tengah diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

    091014 ASRI21 KDYMM
    BACAAN ayat-ayat suci Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 52 hingga 56 disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Hendra bin Haji Marajah @ Meraji, sementara inti sari kesimpulan ayat oleh Awang Haji Mohd Zul’izzi bin Awang Tengah.(Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-24 iaitu Anugerah Guru Berjasa dan Anugerah Guru Cemerlang.
    Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dianugerahkan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat.

    ASRI 04 HARI GURU 091014 01A
    PENERIMA  Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dianugerahkan kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad bin Haji Jumat. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
    Manakala seramai empat orang menerima Anugerah Guru Berjasa terdiri daripada Awang Haji Kassim bin Haji Adis, Awang Haji Othman bin Durani, Dayang Hajah Siti Nafsiah binti Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman dan Dayang Hajah Hafsah binti Haji Naweh.
    Sementara itu, Anugerah Guru Cemerlang dianugerahkan kepada empat orang guru terdiri daripada Dayang Hajah Aminah binti Haji Abd Wahab, Dayang Dr. Hajah Zurina binti Haji Harun, Dayang Sharifah Khadijah binti Husien Alkaff dan Ustazah Hajah Norhayati binti Haji Sawal.
    Pada akhir majlis, Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama dengan para penerima anugerah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Ke-24 dan dijunjung berangkat menyaksikan pameran dan seterusnya melancarkan dua buah buku iaitu ‘Evolusi dan Transformasi: Kecemerlangan 100 Tahun Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1914-2014’ dan ‘Jurnal Guru’.
    Pameran Memperingati 100 Tahun Pendidikan Formal menonjolkan perkembangan pendidikan yang signifikan sejak tahun 1914 sehingga 2014 yang antara lain menyentuh latar belakang Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam bermula apabila wujudnya sekolah Melayu pertama pada tahun 1914.
    Bermula dari sini, sektor pendidikan berkembang dengan pesat sejak tertubuhnya beberapa buah sekolah bukan sahaja sekolah Melayu malahan juga sekolah Cina, sekolah Inggeris dan sekolah Arab.

    091014 ASRI11 KDYMM
    SEBAHAGIAN daripada yang hadir di majlis tersebut. (gambar atas dan bawah). (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
    091014 ASRI12 KDYMM

    Dalam tempoh satu abad, pencapaian sistem pendidikan formal di negara ini mencatatkan kecemerlangan dan kedinamikan yang banyak memberi ruang, sesuai dengan perubahan dan suasana pada era globalisasi masa kini malah ia terus giat berkembang melalui pendidikan yang berfokuskan akademik sehingga membawa kepada pendidikan teknikal, vokasional dan pendidikan agama.
    Perkembangan ini selaras dengan keperluan dan kehendak negara untuk melahirkan satu generasi penerus yang berilmu dan bersahsiah melalui penghayatan konsep negara Melayu Islam Beraja.
    Konsep pameran berpaksikan terowong masa (journey line) mengikut empat fasa iaitu Fasa I ( 1914-1950), Fasa II (1961-1967), Fasa III (1968-1983) dan Fasa IV (1984-2014).
    Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah DYMM juga berkenan menerima junjung ziarah bersama ahli-ahli jawatankuasa kerja, guru-guru, pelajar-pelajar, siswa, siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi.
    - Pelita Brunei Online. Khamis, 09 Oktober 2014.

Hari Guru disambut pada 9 Oktober

Oleh: Rohani Abdul Hamid.

Hadir di majlis ini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. (Foto: Masri Osman)
Hadir di majlis ini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. (Foto: Masri Osman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 September. - Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), petang ini, mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-24 Tahun 1435 Hijriah/2014 Masihi dan 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.
Seramai 1,500 pegawai dan kakitangan termasuk guru-guru daripada sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional dari kedua-dua buah kementerian tersebut menghadiri majlis berkenaan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Mulk, tahlil serta diikuti dengan bacaan doa kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan negara dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh dan diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal tahun ini akan diadakan pada 9 Oktober 2014 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang bertema ‘Guru Berwawasan Penjana Modal Insan’.
Juga hadir pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh dan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.
- Pelita Brunei Online. Selasa, 23 September 2014.

Majlis keagamaan sempena Hari Guru dan 100 Tahun Pendidikan Formal

  • Oleh:  Ak. Jefferi Pg. Durahman


  • MENTERI Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail semasa hadir di Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam.
  • MENTERI Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail semasa hadir di Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam. (Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 September. - Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam.
    Majlis yang diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong dihadiri oleh Menteri Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail.
    Lebih 400 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan dan juga guru-guru dari sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional dari Kementerian Pendidikan dan KHEU menghadiri majlis berkenaan.
    Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan sempena sambutan Hari Guru yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU.
    Pada tahun ini, acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal akan diadakan pada pagi 9 Oktober, bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan tema ‘Pendidikan Sepanjang Hayat, Menjamin Kesejahteraan Rakyat’.
    Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara, Awang Ilmami bin Haji Othman.
    Turut hadir Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Naib Canselor, UBD; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan ketua-ketua jabatan dari Kementerian Pendidikan dan KHEU.
    Juga hadir ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor.
  • - Pelita Brunei Online. Selasa, 23 September 2014.

Isnin, 7 Julai 2014

JIS sumbangkan derma kepada anak yatim JAPEM

Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

JERUDONG, Jumaat, 4 Julai. - Nasib anak-anak yatim di negara ini tidak pernah dilupakan menjelang Hari Raya Aidifitri dengan mendapat sumbangan derma dan bantuan kewangan.

Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma dan Hadiah Sempena Menjelang Hari Raya Aidilfitri kepada seramai 90 orang anak yatim di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bertempat di Pusat Kesenian sekolah berkenaan.

Menyampaikan sumbangan wang tunai dan hadiah ialah Ketua Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah.

IHSAN JIS02 040714
KETUA Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah menyampaikan sumbangan derma kewangan
kepada salah seorang anak yatim. (Foto : Ihsan JIS)

Sumbangan adalah merupakan derma ikhlas daripada para ibu bapa serta penjaga pelajar JIS yang bermurah hati bagi sama-sama berkongsi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Tujuan majlis adalah bagi menggalakkan pelajar sentiasa mengamalkan bersedekah di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan kerana dengan bersedakah kepada anak-anak yatim itu akan menambahkan ukhuwah, takaful dan berkasih sayang sesama manusia.

Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada pelajar-pelajar ugama JIS.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 5 Julai 2014.
 

SU Jerudong International School adakan Majlis Khatam Al-Quran

TUNGKU, Jumaat, 27 Jun 2014 - Sekolah Ugama Jerudong International School (SU JIS) petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah VI sekolah berkenaan bagi tahun 1435H / 2014M. Majlis yang diadakan di Bilik Persidangan, Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa Jerudong itu disertai oleh 42 orang yang terdiri dari murid-murid lelaki dan perempuan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Profesional) Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajah Rusita binti Haji Yahya serta beberapa orang pegawai kanan jabatan berkenaan.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam. Bacaan takhtim turut dipersembahkan oleh murid-murid perempuan Darjah V sekolah berkenaan. Manakala doa khatam dibacakan oleh Ahmad Khairi bin Awang Yusof.

Majlis diserikan lagi dengan acara menabur bunga rampai dengan diiringi oleh bacaan dikir marhaban oleh murid-murid lelaki dari Darjah IV dan V. Majlis Khatam al-Quran ini merupakan salah satu rancangan tahunan SU JIS sejak tahun 2006 dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Selasa, 1 Julai 2014

Waktu pembelajaran Sekolah Arab, Ugama di bulan Ramadan

Oleh:  Siaran Akhbar KHEU

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Jun. - Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa persekolahan bagi Sekolah Arab dan Ugama dalam bulan Ramadan Tahun 1435 Hijriah /2014 Masihi akan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan kecuali Darjah Pra, I, II dan III akan dicutikan.

Sementara waktu pembelajaran bagi Darjah IV, V dan VI sesi pagi bermula pukul 8.00 hingga 9.30 pagi dan sesi petang bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang.

Sekolah Persediaan Arab pula bermula pukul 7.30 hingga 11.40 pagi dan Sekolah Menengah Arab bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

- Pelita Brunei Online. Khamis, 26 Jun 2014.

Lebih 300 pelajar sertai program keagamaan

Oleh:  Nooratini Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Jun. - Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama Bagi Bulan Jun 1435 Hijriah / 2014 Masihi diadakan serentak di sekolah-sekolah ugama seluruh negara, hari ini.

Di Daerah Brunei dan Muara (DBM), program tersebut berlangsung di Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I, sementara di Daerah Tutong pula di Sekolah Ugama Sinaut, manakala Sekolah Ugama Penaga di Daerah Belait dan Temburong di Sekolah Ugama Negalang.

Lebih 300 pelajar menyertai program berkenaan di DBM yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai Pengajian Islam Brunei I, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Osman bin Haji Ismail.

Program ini antara lain bertujuan untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang ugama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.

ASRI05 240614
DI Daerah Brunei dan Muara Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi Bulan Jun 1435 Hijriah/2014 Masihi berlangsung di Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)

Di samping itu, ia diadakan adalah untuk memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah selain mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan doa arwah.

Atur cara program itu didahului dengan bacaan tazkirah yang dikepalai oleh Guru Kanan Amali, Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I, Awang Masardi bin Haji Dewa dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Md. Hidayatullah bin Zakaria.

Selepas itu, program tersebut diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Awang Izat Hasdi bin Haji Mahadi dan seterusnya bacaan Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Md. Hishyam bin Saiful Rizal.

Juga hadir di program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Ugama Mabohai Brunei I, Awang Emran bin Haji Nayan.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.

Program keagamaan didik pelajar cintai ajaran Islam

Oleh:  Hezlinawati Haji Abdul Karim

TEMBURONG, Selasa, 24 Jun. - Tahlil bukan saja ucapan kalimah ‘La Ilaha Illallah’ tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan dan lain-lain lagi dan seterusnya mendoakan orang yang telah kembali ke rahmatullah agar mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala dan diberi segala kebaikan.

Bagi Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi bulan Jun 1435 Hijriah/2014 Masihi telah memberikan tumpuan pada bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.

Di Sekolah Ugama Negalang, Mukim Batu Apoi, program tersebut disertai oleh para pelajar dan tenaga pengajar di sekolah agama berkenaan.

LIN01 240614 KEAGAMAANANTARA pelajar dan tenaga pengajar Sekolah Ugama Negalang yang menyertai Program Keagamaan Senegara bagi bulan Jun 1435H/2014M yang memberikan tumpuan pada bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah. (Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim)

Semasa program anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama itu bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh salah seorang pelajar sekolah agama berkenaan, Awang Mohammad Akmal Shafiq bin Mohammad Sairual Rizal, manakala Doa Arwah dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh Awang Mohammad Zahierul Haziq bin Hamdan, juga pelajar Sekolah Ugama Negalang.

Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah semasa program ini antara lain bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah serta mengetengahkan kebolehan mereka membaca tahlil dan doa arwah.

Selain itu, ia juga merupakan usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan Arab bagi memastikan para pelajar pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik, di samping melatih murid/pelajar berani tampil menyertai aktiviti membaca tahlil dan doa arwah.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.

SU Panaga tumpuan program keagamaan senegara

Oleh:  Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

SERIA, Selasa, 24 Jun. - Program keagamaan senegara diadakan serentak seluruh negara melibatkan semua sekolah ugama dengan tumpuan sekolah dan perisian-perisian berbeza setiap bulan.

Di Daerah Belait, pusat tumpuan program kali ini di Sekolah Ugama Panaga dan perisian program merangkumi tazkirah mambaca tahlil dan doa arwah, membaca Surah Yaa Siin, membaca tahlil dan doa arwah serta membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

240614 KEAGAMAAN DKS01
PEGAWAI Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan mengetuai rombongan menyaksikan pelaksanaan program.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Progam dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah, Dayang Mariam binti Haji Momin yang antara lain menerangkan tujuan membaca tahlil dan doa arwah dalam program tersebut bagi memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah.

Selain itu kata beliau, ia juga bertujuan bagi mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan doa arwah serta sebagai usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan murid-murid pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik.

240614 KEAGAMAAN DKS02
MURID-MURID sedang membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik Mengajar KUPUSB, Awang Mohd. Sawarli bin Abdullah. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Program diteruskan dengan membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik Mengajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohd. Sawarli bin Abdullah dan diikuti kemudian membaca tahlil dan doa arwah oleh Guru Kanan Amali Ugama Sekolah berkenaan, Awang Johrizan bin Johari serta diakhiri dengan bacaaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Guru Kanan Al-Qur'an sekolah itu, Awangku Mohd. Herman bin Pengiran Mohammad.

Program melibatkan 280 pelajar di sekolah itu termasuk 166 murid sesi awal merangkumi 83 lelaki dan 83 perempuan dan sesi akhir seramai 114 murid terdiri daripada 64 lelaki dan 50 perempuan, manakala jumlah guru 45 orang termasuk 25 guru lelaki dan 20 guru termasuk guru besar membuat pemantauan program bagi memastikan program berjalan lancar dan teratur.

240614 KEAGAMAAN DKS03
PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Panaga, Seria.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Pelaksanaan program disaksikan oleh rombongan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Cawangan Daerah Belait yang diketuai oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan termasuk dua orang pegawai kenaziran Daerah Belait.

Program bulanan tersebut dianjurkan oleh JPI Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan matlamat bagi menanam dan memupuk kefahaman tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap kanak-kanak dan juga masyarakat umum.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
 

Program Keugamaan di Sekolah Ugama Sinaut

Oleh: Aryentty Haji Ariffin

TUTONG, Selasa, 24 Jun. - Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini, mengadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun di kesemua sekolah agama di keempat-empat daerah.
Bagi Daerah Tutong, program keagamaan tersebut diadakan di Sekolah Ugama Sinaut, Tutong, bertempat di bilik sembahyang sekolah berkenaan bermula pukul 2.00 petang.
Program disertai oleh 144 orang murid daripada Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan.

240614 YEN1 KEAGAMAANMURID-MURID  dari Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 ketika mengikuti Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun di Sekolah Ugama Sinaut, Tutong . Juga menyertai program ini ialah Pegawai Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Sinaut, Awang Abdul Wafie bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar sekolah. (Foto : Aryentty Haji Ariffin)

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam, menyemai minat murid/pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah serta melatih murid/pelajar berani tampil menyertai aktiviti membaca tahlil dan doa arwah.

Pengisian dalam atur cara program yang berlangsung hari ini ialah Tazkirah mengenai kelebihan dan objektif membaca tahlil dan doa arwah disampaikan oleh Awang Khairul Hazman bin Haji Baha; bacaan Surah Al Faatihah yang diketuai oleh Awang Mohd. Zulhakim bin Omarali dari 5 BA;  bacaan Selawat-selawat Nabi beramai-ramai serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Awang Md. Siddiq Alminsyawi bin Ma’mun Halimi Zain dari 4 Alif.

240614 YEN4 KEAGAMAANTUJUAN program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam.
(Foto :  Aryentty Haji Ariffin)

Turut hadir menyertai program tersebut ialah Pegawai Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Sinaut, Awang Abdul Wafie bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar sekolah berkenaan.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
 

Selasa, 3 Jun 2014

Pembinaan masjid dan sekolah ugama : Perlu menepati ciri-ciri

Oleh: Ramlah



KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan bertitah sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi. (Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegur pembinaan masjid dan sekolah-sekolah ugama di negara ini.

Titah baginda, membina masjid perlulah menepati ciri-cirinya bukan setakat membina semata-mata.

"Janganlah kita setakat meletakkan bangunan dengan reka bentuknya yang berlebih kurang sahaja, sehingga apabila siap kelak ia akan kelihatan seperti sebuah kontena besar layaknya," titah baginda.

Baginda bertitah, carilah idea dan contoh yang baik bukan dengan tujuan meniru-niru reka bentuk orang lain tetapi apa salahnya kalau setakat untuk mendapatkan idea-idea baru dan besar.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini.
Baginda seterusnya bertitah menyarankan agar perbincangan terlebih dahulu dilakukan sebelum didirikan. Teliti luar dan dalamnya baik dari reka bentuknya, menaranya, tempat letak keretanya, sampailah kepada sistem suaranya pun juga perlu diambil perhatian. Kerana berapa banyak kedapatan sistem suara kurang memuaskan.

Selain pembinaan masjid, baginda juga menyarankan agar pembinaan bangunan sekolah ugama juga diambil perhatian, kerana kedua-duanya itu adalah sama menjadi kebanggaan negara, jika sekolah itu sekolah ugama atau arab, titah baginda, maka tidak syak lagi ia adalah tergulung sebagai syi'ar.

"Selaku syi'ar bangunan-bangunan sekolah ugama dan arab perlulah menyerlah. Jangan ia kurang dari sekolah-sekolah lain. Pembangunannya hendaklah lancar tidak wajar dilambat-lambatkan kerana keperluanya diketahui sentiasa mendesak," titah baginda.

Sepatutnya titah baginda, di era mutakhir ini pembangunan sekolah-sekolah ugama dan arab berjalan dengan lancar tetapi kenyataanya didapati tidak begitu.

"Kalau kemudahan fizikal berupa bangunan ini tidak segera dipenuhi bagaimanakah kita akan dapat menambah bilangan pelajar atau penutut ugama di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah, disebabkan oleh kekurangan tempat maka pengambilan ke sekolah arab setiap tahun akan jadi kekurangan. Sampai bilakah perkara ini akan berlaku dan apakah akan jadi kepada Ugama Islam pada masa hadapan jika kaum terpelajar ugama di negara ini bilangannya sedikit berbanding dengan mereka di bidang-bidang yang lain.

"Beta tidak mahu pendidikan ugama di negara ini tercicir atau ketinggalan hanya oleh kerana kita lambat merancang dan membangun dan oleh kerana lambat itu sampai kita terpaksa mencari dan menggunakan bangunan orang lain di mana perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku," titah baginda.

Baginda seterusnya menegaskan supaya sentiasa konsisten menjulang pendidikan ugama , kerana baginda sendiri telah memperkenankan Perintah Institut Pendidikan Teknikal Brunei 2013 dan Kertas Putih Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Pelan Menaik Taraf Pendidikan Teknikal Brunei Darussalam 2013 - 2018.

Melalui transformasi ini, para pelajar akan memperolehi kemahiran, pengetahuan dan lain-lain nilai bagi pembelajaran sepanjang hayat serta latihan kondusif, titah baginda.

Menyentuh mengenai tema sambutan Isra' Mi'raj tahun ini iaitu 'Sembahyang Teras Kekuatan Ummah', baginda yakintema ini sangat bertepatan di mana mereka yang menerima anugerah adalah terdiri daripada individu-individu yang terkait langsung dengan masjid atau surau atau
balai ibadat.

"Beta berharap, majlis pada pagi ini mampu untuk mengesankan khidmat yang lebih cemerlang di kalangan mereka yang berkenaan itu. Khutbah-khutbah perlu disampaikan dengan cara yang lebih baik, menepati isi dan tujuannya. Jika isi itu misalnya mengajak kepada bertakwa, maka barangkali lebih sesuai kalau disampaikan dengan suara yang sederhana sahaja," titah baginda.

Semua ini titah baginda, boleh dicapai jika latihan-latihan selalu diberikan oleh pihak yang berkenaan. Begitu juga penyampaian ayat-ayat Al-Qur'an atau hadits hendaklah dipastikan oleh pihak yang bertanggungjawab supaya ianya betul-betul tepat, sahih dan fasih.

Baginda percaya jika latihan dan pentasmi'kan dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta penuh teliti, semua kelemahan akan dapat diatasi dengan mudah.

Terdahulu sebelum itu, baginda bertitah, walaupun peristiwa yang sangat bersejarah itu telah berulang kali diperingati, namun ia tidak pernah membosankan, selaku seorang mukmin kita tetap menyukainya, kerana memperingati Isra' dan Mi'raj itu boleh membawa kepada banyak kemanfa'atan berupa pengajaran dan ktibar.

Baginda bertitah melahirkan rasa syukur bahawa di negara ini alhamdulillah berbagai aktiviti atau majlis diadakan untuk merayakan hari-hari kebesaran Islam, yang dilakukan oleh masyarakat Islam sama ada dari sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Usaha-usaha seperti itu sangatlah baik untuk memberi imej kepada negara serta sekali gus menyemarakkan syi'ar Islam.

"Peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan mukjizat agung Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam, ia adalah tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang tidak mampu dijangkau oleh akal manusia, yang penting di sini ialah keimanan kita orang-orang Islam untuk mempercayainya. Natijah dari kepercayaan itu insya-Allah akan membuahkan untuk kita keselamatan di dunia dan di akhirat," titah baginda.

Sesuatu yang menarik dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj titah baginda, ialah penglibatan masjid, dua buah masjid adalah berkaitan iaitu Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa.

Perkara ini menunjukkan betapa istimewanya kedudukan masjid, ia bukan saja untuk tempat berhimpun kerana beribadat tetapi juga lain-lain kegiatan berkebajikan serta menjadi syi'ar terpenting bagi ugama, titah baginda.

- Pelita Brunei Online. Khamis, 29 Mei 2014.
 

Khamis, 16 Januari 2014

Doa kesyukuran 100 tahun pendidikan formal bakal diadakan

(Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan) - Selasa, 7 Januari 2014.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Januari. - Negara Brunei Darussalam pada tahun ini melakar satu pencapaian yang bersejarah dalam bidang pendidikan iaitu genap 100 tahun pendidikan formal di negara ini yang telah diperkenalkan sejak tahun 1914.

Sehubungan itu, berbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2014 oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi meraikan Sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai tanda permulaan sambutan tersebut, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama KHEU akan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 9 Januari 2014 bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Dijangka hadir di majlis berkenaan itu nanti ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Majlis pada hari tersebut akan dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran.

Kehadiran bagi ahli-ahli jawatankuasa, guru-guru dan penuntut-penuntut iaitu pada jam 2.30 petang; jam 3.15 petang, jemputan-jemputan khas hadir; pada jam 3.40 petang, kehadiran Menteri Pendidikan dan Menteri Hal Ehwal Ugama dan jam 3.51 petang, Sembahyang Fardu Asar seterusnya bacaan Ratib Al-Attas, bacaan doa kesyukuran, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan kemudian Majlis Bersurai.

Guru-guru dan para pendidik yang telah bersara serta orang ramai dialu-alukan untuk hadir sama-sama bagi menyemarakkan lagi majlis pada hari berkenaan.

Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan tersebut juga akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Januari 2014 bagi sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bukan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU di keempat-empat daerah.

Majlis berkenaan akan diadakan di sekolah atau institusi masing-masing bagi sesi pagi dan petang yang melibatkan penuntut-penuntut dan guru-guru semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat rendah, menengah, tingkatan enam, pendidikan teknikal dan vokasional, pengajian tinggi dan juga daripada sekolah-sekolah ugama.