TUTONG, Selasa, 24 Jun. - Jabatan
Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini, mengadakan
Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun di kesemua sekolah agama di
keempat-empat daerah.
Bagi Daerah Tutong, program keagamaan tersebut diadakan di Sekolah
Ugama Sinaut, Tutong, bertempat di bilik sembahyang sekolah berkenaan
bermula pukul 2.00 petang.
Program disertai oleh 144 orang murid daripada Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan.
MURID-MURID
dari Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 ketika mengikuti Program Keugamaan
Senegara bagi bulan Jun di Sekolah Ugama Sinaut, Tutong . Juga menyertai
program ini ialah Pegawai Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama
Sinaut, Awang Abdul Wafie bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar
sekolah. (Foto : Aryentty Haji Ariffin)
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk
kefahaman pelajar tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan
kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam, menyemai minat murid/pelajar
dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah serta melatih
murid/pelajar berani tampil menyertai aktiviti membaca tahlil dan doa
arwah.
Pengisian dalam atur cara program yang berlangsung hari ini ialah
Tazkirah mengenai kelebihan dan objektif membaca tahlil dan doa arwah
disampaikan oleh Awang Khairul Hazman bin Haji Baha; bacaan Surah Al
Faatihah yang diketuai oleh Awang Mohd. Zulhakim bin Omarali dari 5 BA;
bacaan Selawat-selawat Nabi beramai-ramai serta Doa Peliharakan Sultan
dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Awang Md. Siddiq Alminsyawi
bin Ma’mun Halimi Zain dari 4 Alif.
TUJUAN program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam.
(Foto : Aryentty Haji Ariffin)
(Foto : Aryentty Haji Ariffin)
Turut hadir menyertai program tersebut ialah Pegawai
Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Sinaut, Awang Abdul Wafie
bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar sekolah berkenaan.
- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan