BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Jun. -
Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama Bagi Bulan Jun 1435
Hijriah / 2014 Masihi diadakan serentak di sekolah-sekolah ugama seluruh
negara, hari ini.
Di Daerah Brunei dan Muara (DBM),
program tersebut berlangsung di Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I,
sementara di Daerah Tutong pula di Sekolah Ugama Sinaut, manakala
Sekolah Ugama Penaga di Daerah Belait dan Temburong di Sekolah Ugama
Negalang.
Lebih 300 pelajar menyertai program
berkenaan di DBM yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai Pengajian Islam
Brunei I, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang
Osman bin Haji Ismail.
Program ini antara lain bertujuan untuk
menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang ugama Islam serta
menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.
DI
Daerah Brunei dan Muara Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama
bagi Bulan Jun 1435 Hijriah/2014 Masihi berlangsung di Sekolah Ugama
Mabohai, Brunei I. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Di samping itu, ia diadakan adalah untuk
memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa
arwah selain mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan
doa arwah.
Atur cara program itu didahului dengan
bacaan tazkirah yang dikepalai oleh Guru Kanan Amali, Sekolah Ugama
Mabohai, Brunei I, Awang Masardi bin Haji Dewa dan diteruskan dengan
bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Md. Hidayatullah bin Zakaria.
Selepas itu, program tersebut diikuti
dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Awang Izat Hasdi bin
Haji Mahadi dan seterusnya bacaan Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan
dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Md. Hishyam bin
Saiful Rizal.
Juga hadir di program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Ugama Mabohai Brunei I, Awang Emran bin Haji Nayan.
- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan