Oleh:
Abdullah Asgar
KEBAWAH
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja
Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha
Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ihtifaal Penutup
Penggal Akhir Tahun 2013M/1435H dan Penyampaian Sijil bagi Murid-Murid
Tadika 3 dan Tahun 6 Sekolah Al-Falaah.
(Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas)
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 November. - Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja
Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha
Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ihtifaal Penutup
Penggal Akhir Tahun 2013 Masihi/1435 Hijriah dan Penyampaian Sijil Bagi
Murid-Murid Tadika 3 dan Tahun 6 Sekolah Al-Falaah (AFS).
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja
Isteri di Auditorium AFS, Kampung Sungai Akar dijunjung oleh Ustaz Sayed
Mu’aaz bin Sayed Hamid Al-Tahir dan Timbalan Pengetua AFS, Dayang Hajah
Sharifah Mastura Al Sagoff binti Saiyed Zain.
Majlis
dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, diikuti
bacaan Surah Yaa Siin ayat 30 hingga 54 oleh murid-murid gabungan
Kindergarten 3 AFS dan Ban 5 dipimpin oleh anakanda Kebawah Duli Yang
Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah
Wardatul Bolkiah.
KEBAWAH
DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan mengurniakan
penganugerahan sijil dan hadiah murid-murid perempuan dari kelas K3 dan
murid dari kelas Tahun 6 antara termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang terbaik ketiga dari
Kindergarten 3 perempuan pagi. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)
Dalam sembah alu-aluan Timbalan Pengetua
AFS antara lain menyembahkan, pendaftaran tahun depan amat menggalakkan
dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa murid kerana kepercayaan
mereka terhadap didikan dan pengajaran dunia akhirat yang diajarkan di
sekolah tersebut.
Selain menyaksikan penyampaian
sijil-sijil kepada Kindergarten 3 dan Tahun 6 serta hadiah kepada
pelajar cemerlang, majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah
penghargaan kepada mereka yang mengharumkan nama sekolah.
Jelasnya, tahun ini dua orang murid
telah mendapat tempat pertama Kategori 'A' dan 'B' seorang murid tempat
kedua Kategori 'A' dalam Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Al-Qur'an
Peringkat Nasional sempena Sambutan Nuzul Al-Qur'an yang dikendalikan
oleh MABIMS dan seorang murid menjadi johan Pertandingan Pidato Antara
Sekolah-Sekolah Swasta Senegara.
MAJLIS
diserikan dengan nyanyian nasyid oleh murid-murid kelas K2 yang juga
disertai oleh anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia iaitu Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel dan anakanda Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri
Ameerah Wardatul Bolkiah. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)
Pada majlis terebut, Kebawah DYMM
berkenan mengurniakan penganugerahan sijil dan hadiah kepada murid-murid
lelaki seramai 41 orang daripada kelas K3 dan murid Tahun 6 dan
murid-murid cemerlang Tahun 1 hingga 6 serta para pemenang Pertandingan
Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan
Nuzul Al-Qur'an 2013.
Sementara itu, Kebawah DYMM Paduka Seri
Baginda Raja Isteri pula berkenan mengurniakan penganugerahan sijil dan
hadiah kepada 41 murid-murid perempuan dari kelas K3 dan murid daripada
kelas Tahun 6 antara termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang terbaik ketiga dari
Kindergarten 3 perempuan pagi.
Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka
Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan menerima pesambah yang
disembahkan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis tersebut.
TIMBALAN
Pengetua AFS, Dayang Hajah Sharifah Mastura Al Sagoff binti Saiyed Zain
ketika menyembahkan sembah alu-aluan. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji
Duraman)
Terdahulu, majlis diserikan dengan
beberapa persembahan pentas antaranya sketsa, mari bercerita dan
nyanyian nasyid oleh murid-murid kelas K2 yang juga disertai oleh
anakanda Kebawah DYMM iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran
Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak
Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
AFS yang pada mulanya terletak di Jalan
Jawatan Dalam, Bandar Seri Begawan telah beroperasi pada 3 April 1995
dengan keramaian 13 murid belajar di kelas Tadika dan membuka cawangan
baru di Jalan Ong Sum Ping yang mula beroperasi pada 24 Februari 1998.
Pada awal tahun penubuhannya, AFS
mempunyai 126 murid dan jumlah keramaian tersebut meningkat kepada 1,200
orang pada tahun 2001.
Untuk menampung keramaian murid, AFS telah membuka cawangan barunya di Ban 5, Kampung Paya, Mulaut pada Januari 1999.
Sementara, kompleks baru AFS Cawangan
Sungai Akar yang terletak di atas kawasan seluas kira-kira 3.7 ekar
telah dirasmikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2011.
(Pelita Brunei Online: Ahad, 24 November 2013)