Isnin, 7 Julai 2014

JIS sumbangkan derma kepada anak yatim JAPEM

Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

JERUDONG, Jumaat, 4 Julai. - Nasib anak-anak yatim di negara ini tidak pernah dilupakan menjelang Hari Raya Aidifitri dengan mendapat sumbangan derma dan bantuan kewangan.

Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma dan Hadiah Sempena Menjelang Hari Raya Aidilfitri kepada seramai 90 orang anak yatim di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bertempat di Pusat Kesenian sekolah berkenaan.

Menyampaikan sumbangan wang tunai dan hadiah ialah Ketua Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah.

IHSAN JIS02 040714
KETUA Bahagian Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah menyampaikan sumbangan derma kewangan
kepada salah seorang anak yatim. (Foto : Ihsan JIS)

Sumbangan adalah merupakan derma ikhlas daripada para ibu bapa serta penjaga pelajar JIS yang bermurah hati bagi sama-sama berkongsi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Tujuan majlis adalah bagi menggalakkan pelajar sentiasa mengamalkan bersedekah di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan kerana dengan bersedakah kepada anak-anak yatim itu akan menambahkan ukhuwah, takaful dan berkasih sayang sesama manusia.

Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada pelajar-pelajar ugama JIS.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 5 Julai 2014.
 

SU Jerudong International School adakan Majlis Khatam Al-Quran

TUNGKU, Jumaat, 27 Jun 2014 - Sekolah Ugama Jerudong International School (SU JIS) petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah VI sekolah berkenaan bagi tahun 1435H / 2014M. Majlis yang diadakan di Bilik Persidangan, Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa Jerudong itu disertai oleh 42 orang yang terdiri dari murid-murid lelaki dan perempuan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Profesional) Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajah Rusita binti Haji Yahya serta beberapa orang pegawai kanan jabatan berkenaan.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam. Bacaan takhtim turut dipersembahkan oleh murid-murid perempuan Darjah V sekolah berkenaan. Manakala doa khatam dibacakan oleh Ahmad Khairi bin Awang Yusof.

Majlis diserikan lagi dengan acara menabur bunga rampai dengan diiringi oleh bacaan dikir marhaban oleh murid-murid lelaki dari Darjah IV dan V. Majlis Khatam al-Quran ini merupakan salah satu rancangan tahunan SU JIS sejak tahun 2006 dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Selasa, 1 Julai 2014

Waktu pembelajaran Sekolah Arab, Ugama di bulan Ramadan

Oleh:  Siaran Akhbar KHEU

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Jun. - Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa persekolahan bagi Sekolah Arab dan Ugama dalam bulan Ramadan Tahun 1435 Hijriah /2014 Masihi akan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan kecuali Darjah Pra, I, II dan III akan dicutikan.

Sementara waktu pembelajaran bagi Darjah IV, V dan VI sesi pagi bermula pukul 8.00 hingga 9.30 pagi dan sesi petang bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang.

Sekolah Persediaan Arab pula bermula pukul 7.30 hingga 11.40 pagi dan Sekolah Menengah Arab bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

- Pelita Brunei Online. Khamis, 26 Jun 2014.

Lebih 300 pelajar sertai program keagamaan

Oleh:  Nooratini Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Jun. - Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama Bagi Bulan Jun 1435 Hijriah / 2014 Masihi diadakan serentak di sekolah-sekolah ugama seluruh negara, hari ini.

Di Daerah Brunei dan Muara (DBM), program tersebut berlangsung di Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I, sementara di Daerah Tutong pula di Sekolah Ugama Sinaut, manakala Sekolah Ugama Penaga di Daerah Belait dan Temburong di Sekolah Ugama Negalang.

Lebih 300 pelajar menyertai program berkenaan di DBM yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai Pengajian Islam Brunei I, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Osman bin Haji Ismail.

Program ini antara lain bertujuan untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang ugama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.

ASRI05 240614
DI Daerah Brunei dan Muara Program Keagaamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi Bulan Jun 1435 Hijriah/2014 Masihi berlangsung di Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I. (Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas)

Di samping itu, ia diadakan adalah untuk memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah selain mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan doa arwah.

Atur cara program itu didahului dengan bacaan tazkirah yang dikepalai oleh Guru Kanan Amali, Sekolah Ugama Mabohai, Brunei I, Awang Masardi bin Haji Dewa dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Md. Hidayatullah bin Zakaria.

Selepas itu, program tersebut diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Awang Izat Hasdi bin Haji Mahadi dan seterusnya bacaan Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Md. Hishyam bin Saiful Rizal.

Juga hadir di program tersebut ialah Guru Besar Sekolah Ugama Mabohai Brunei I, Awang Emran bin Haji Nayan.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.

Program keagamaan didik pelajar cintai ajaran Islam

Oleh:  Hezlinawati Haji Abdul Karim

TEMBURONG, Selasa, 24 Jun. - Tahlil bukan saja ucapan kalimah ‘La Ilaha Illallah’ tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan dan lain-lain lagi dan seterusnya mendoakan orang yang telah kembali ke rahmatullah agar mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala dan diberi segala kebaikan.

Bagi Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi bulan Jun 1435 Hijriah/2014 Masihi telah memberikan tumpuan pada bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam.

Di Sekolah Ugama Negalang, Mukim Batu Apoi, program tersebut disertai oleh para pelajar dan tenaga pengajar di sekolah agama berkenaan.

LIN01 240614 KEAGAMAANANTARA pelajar dan tenaga pengajar Sekolah Ugama Negalang yang menyertai Program Keagamaan Senegara bagi bulan Jun 1435H/2014M yang memberikan tumpuan pada bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah. (Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim)

Semasa program anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama itu bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh salah seorang pelajar sekolah agama berkenaan, Awang Mohammad Akmal Shafiq bin Mohammad Sairual Rizal, manakala Doa Arwah dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh Awang Mohammad Zahierul Haziq bin Hamdan, juga pelajar Sekolah Ugama Negalang.

Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah semasa program ini antara lain bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah serta mengetengahkan kebolehan mereka membaca tahlil dan doa arwah.

Selain itu, ia juga merupakan usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan Arab bagi memastikan para pelajar pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik, di samping melatih murid/pelajar berani tampil menyertai aktiviti membaca tahlil dan doa arwah.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.

SU Panaga tumpuan program keagamaan senegara

Oleh:  Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

SERIA, Selasa, 24 Jun. - Program keagamaan senegara diadakan serentak seluruh negara melibatkan semua sekolah ugama dengan tumpuan sekolah dan perisian-perisian berbeza setiap bulan.

Di Daerah Belait, pusat tumpuan program kali ini di Sekolah Ugama Panaga dan perisian program merangkumi tazkirah mambaca tahlil dan doa arwah, membaca Surah Yaa Siin, membaca tahlil dan doa arwah serta membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

240614 KEAGAMAAN DKS01
PEGAWAI Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan mengetuai rombongan menyaksikan pelaksanaan program.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Progam dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah, Dayang Mariam binti Haji Momin yang antara lain menerangkan tujuan membaca tahlil dan doa arwah dalam program tersebut bagi memupuk minat para pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah.

Selain itu kata beliau, ia juga bertujuan bagi mengetengahkan kebolehan para pelajar membaca tahlil dan doa arwah serta sebagai usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan murid-murid pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik.

240614 KEAGAMAAN DKS02
MURID-MURID sedang membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik Mengajar KUPUSB, Awang Mohd. Sawarli bin Abdullah. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Program diteruskan dengan membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Praktik Mengajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohd. Sawarli bin Abdullah dan diikuti kemudian membaca tahlil dan doa arwah oleh Guru Kanan Amali Ugama Sekolah berkenaan, Awang Johrizan bin Johari serta diakhiri dengan bacaaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Guru Kanan Al-Qur'an sekolah itu, Awangku Mohd. Herman bin Pengiran Mohammad.

Program melibatkan 280 pelajar di sekolah itu termasuk 166 murid sesi awal merangkumi 83 lelaki dan 83 perempuan dan sesi akhir seramai 114 murid terdiri daripada 64 lelaki dan 50 perempuan, manakala jumlah guru 45 orang termasuk 25 guru lelaki dan 20 guru termasuk guru besar membuat pemantauan program bagi memastikan program berjalan lancar dan teratur.

240614 KEAGAMAAN DKS03
PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Panaga, Seria.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Pelaksanaan program disaksikan oleh rombongan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Cawangan Daerah Belait yang diketuai oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan termasuk dua orang pegawai kenaziran Daerah Belait.

Program bulanan tersebut dianjurkan oleh JPI Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan matlamat bagi menanam dan memupuk kefahaman tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap kanak-kanak dan juga masyarakat umum.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.
 

Program Keugamaan di Sekolah Ugama Sinaut

Oleh: Aryentty Haji Ariffin

TUTONG, Selasa, 24 Jun. - Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini, mengadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun di kesemua sekolah agama di keempat-empat daerah.
Bagi Daerah Tutong, program keagamaan tersebut diadakan di Sekolah Ugama Sinaut, Tutong, bertempat di bilik sembahyang sekolah berkenaan bermula pukul 2.00 petang.
Program disertai oleh 144 orang murid daripada Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan.

240614 YEN1 KEAGAMAANMURID-MURID  dari Pra 1, Tahun 4, 5 dan 6 ketika mengikuti Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun di Sekolah Ugama Sinaut, Tutong . Juga menyertai program ini ialah Pegawai Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Sinaut, Awang Abdul Wafie bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar sekolah. (Foto : Aryentty Haji Ariffin)

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam, menyemai minat murid/pelajar dan mempraktikkan pembacaan tahlil dan doa arwah serta melatih murid/pelajar berani tampil menyertai aktiviti membaca tahlil dan doa arwah.

Pengisian dalam atur cara program yang berlangsung hari ini ialah Tazkirah mengenai kelebihan dan objektif membaca tahlil dan doa arwah disampaikan oleh Awang Khairul Hazman bin Haji Baha; bacaan Surah Al Faatihah yang diketuai oleh Awang Mohd. Zulhakim bin Omarali dari 5 BA;  bacaan Selawat-selawat Nabi beramai-ramai serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Awang Md. Siddiq Alminsyawi bin Ma’mun Halimi Zain dari 4 Alif.

240614 YEN4 KEAGAMAANTUJUAN program ini diadakan adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman pelajar tentang agama Islam.
(Foto :  Aryentty Haji Ariffin)

Turut hadir menyertai program tersebut ialah Pegawai Pelajaran/Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Sinaut, Awang Abdul Wafie bin Haji Abdul Hamid serta tenaga pengajar sekolah berkenaan.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 25 Jun 2014.