PARA peserta Bengkel Meningkatkan Kefahaman Nazir-Nazir Sekolah mengadakan perbincangan sesama mereka. (Foto: Ihsan KHEU)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 November. -
Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Bahagian Kenaziran telah
mengadakan Bengkel Meningkatkan Kefahaman Nazir-Nazir Sekolah, bertempat
di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah,
Serusop, Berakas.
Bengkel selama dua hari yang dihadiri
oleh 40 orang nazir dari seluruh negara itu bermula kelmarin dan
berakhir hari ini dan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, JPI,
Awang Hasbi bin Mohd. Suhaily.
Sepanjang bengkel para peserta
mengadakan sesi kongsisama bersama pengendali bengkel yang dianggap
sebagai satu proses susulan untuk meningkatkan lagi kreadibiliti
bahan-bahan yang diguna pakai oleh nazir-nazir sekolah dalam menilai
pencerapan ke atas guru-guru di seluruh daerah.
(Pelita Brunei Online: Jumaat, 22 November 2013)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan