- Oleh: Ak. Jefferi Pg. Durahman
- MENTERI Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail semasa hadir di Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam. (Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 September. - Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal di Negara Brunei Darussalam.Majlis yang diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong dihadiri oleh Menteri Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yussof bin Haji Ismail.Lebih 400 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan dan juga guru-guru dari sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional dari Kementerian Pendidikan dan KHEU menghadiri majlis berkenaan.Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan sempena sambutan Hari Guru yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan KHEU.Pada tahun ini, acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal akan diadakan pada pagi 9 Oktober, bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan tema ‘Pendidikan Sepanjang Hayat, Menjamin Kesejahteraan Rakyat’.Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara, Awang Ilmami bin Haji Othman.Turut hadir Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Naib Canselor, UBD; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan ketua-ketua jabatan dari Kementerian Pendidikan dan KHEU.Juga hadir ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor.
- - Pelita Brunei Online. Selasa, 23 September 2014.
Rabu, 12 November 2014
Majlis keagamaan sempena Hari Guru dan 100 Tahun Pendidikan Formal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan