Bandar Seri Begawan, Jumaat, 14 November - Pada petang hari ini satu majlis keugamaan telah diadakan di Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong. Majlis tersebut ialah Majlis Solat Hajat dan Membaca Surah Yaaseen khusus bagi calon-calon peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI bagi tahun 2014M/1436H bagi sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III.
Sementara itu, Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong juga mengadakan majlis serupa secara berasingan. Majlis mengambil tempat di Masjid As-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Kampong Melabau. Di antara yang menghadiri majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian tahunan bagi sekolah berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan