Rabu, 12 November 2014

Bengkel Memperkasa Kefahaman dan Kemahiran Dalam Pengajaran-Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III bagi Tahun 1436H/2014M.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 November. - Bagi memperkasa kefahaman dan kemahiran guru-guru di dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan bengkel berkaitan mulai Hari Selasa, 4 November hingga Hari Khamis 13 November 2014. Bengkel yang diadakan di Dewan Fathul Busra Sekolah Ugama Beribi itu menyasarkan guru-guru ugama yang bertugas di Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei III.

Di antara kandungan taklimat adalah meliputi cara penyediaan Rancangan Mengajar Harian atau Persediaan Mengajar (PM), Rancangan Kerja Tahunan (RKT) dan Plan Tindakan Sekolah (PTS) yang mana terdapat format baharu di dalam penyediaan perkara-perkara berkenaan yang akan mula digunapakai mulai awal tahun 2015.

Pembentangan penyediaan PM dari guru-guru peserta bengkel serta sesi soal jawab juga diadakan. Bengkel ini di akhiri dengan penyampaian Buku Panduan Penyediaan Persediaan Mengajar kepada sekolah-sekolah yang berkenaan. Bengkel dijangka berakhir pada esok Hari Khamis, 13 November 2014M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan