- Oleh: Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
-
- GURU Besar Sekolah Ugama Sayyidina Ali, Dayang Noraini binti Haji Muhammed bersama tenaga pengajar yang mengajar di Sekolah Ugama Sayyidina Ali.KUALA BELAIT, Sabtu, 1 Oktober. - 'Guru Bijaksana Pembina Generasi Berwawasan', tema program keagamaan kali ini memberikan pelajar kefahaman mengenai guru bijaksana pembina generasi berwawasan khususnya guru ugama sempena tema Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016.Sehubungan itu, pelajar dan warga sekolah diterangkan bahawa guru bijaksana pembina generasi berwawasan terletak sebahagian besar di bahu guru-guru ugama, di mana terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang pelajar.Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah ugama bagi Daerah Belait diadakan di Sekolah Ugama Sayyidina Ali yang disertai seramai 101 murid sesi pagi Darjah 4,5 dan 6 serentak, di semua sekolah ugama seluruh negara.
- ANTARA murid-murid yang menyertai Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab Sempena Hari Guru Ke-26.Pendidikan yang seimbang di antara duniawi dan ukhrawi sangat penting dalam mempersiapkan negara dengan generasi berwawasan yang berkualiti dan memiliki salasilah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikiran secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang Wawasan Negara 2035.Segalanya tidak akan menjadi realiti jika usaha tidak disokong semua pihak. Ibu bapa dan guru, pentadbir sekolah serta masyarakat harus berganding bahu menggembleng tenaga membina generasi berwawasan yang berdisiplin, bermaruah dan bertakwa.Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan generasi berwawasan yang perlu direalisasikan buat memacu kegemilangan duniawi dan ukhrawi.Tujuan program untuk merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam, iaitu meningkatkan peratus pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah Arab dan ugama.Meningkatkan keberkesanan program kokurikulum, di samping melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan kokurikulum dengan melibatkan semua pelajar mengikuti program penghayatan berugama.
Selasa, 29 November 2016
Lahirkan akidah kukuh, akhlak mulia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan