- Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
- MADANG, Sabtu, 13 Ogos. - Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan ialah ingin melahirkan al-insan al-saleh melalui pendidikan yang seimbang dan sempurna dengan memberikan penekanan kepada kedua-dua aspek, iaitu kurikulum dan gerak kerja kurikulum yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Ogos yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah arab, dan pada jam 2.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama seluruh daerah.
-
SERAMAI kira-kira 80 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Madang, Brunei II mendengarkan tazkirah "Adab dan Akhlak bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran" yang disampaikan oleh Guru Ugama Terlatih, Dayang Hajah Norlina binti Haji Chuchu.
- Pelajar dan warga sekolah diingatkan agar sentiasa mengamalkan sebelum membaca Al-Quran sewajarnya membersihkan mulut dengan bersugi, disunatkan membaca Al-Quran dengan keadaan suci daripada hadas, membaca ditempat bersih, mengadap kiblat, membaca isti'azah apabila ingin memulakan bacaan, membaca Basmalah pada awal setiap surah kecuali surah at-Taubah dan menghormati Al-Quran daripada melakukan perbuatan yang meremehkan Al-Quran seperti ketawa, bercakap-cakap, bermain-main dengan tangan dan memandang ke tempat yang tidak sepatutnya.Demikian adalah antara isi tazkirah mengenai 'Adab dan Akhlak Bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran' yang berlangsung di Sekolah Ugama Madang, bagi Daerah Brunei dan Muara.
-
SEBAHAGIAN daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Madang, Brunei II mendengarkan tazkirah "Adab dan Akhlak Bersama Al-Quran serta Kelebihan Majlis Khatam Al-Quran".
-
- Kelebihan orang membaca Al-Quran hingga khatam mendapat 60,000 malaikat mendoakan keatasnya dan Al-Quran itu mampu menyinarkan hati pembacanya.Program diteruskan dengan membaca Tausyeh oleh semua pelajar dan diakhiri dengan membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
- - Pelita Brunei Online. Ahad, 14 Ogos 2016.
Selasa, 29 November 2016
Al-Quran penyinar hati pembaca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan