BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 September. - Satu undang-undang
khas telah digubal yang dikenali sebagai Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012
yang akan berkua tkuasa mulai 1 Januari 2013.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah
mengumumkan penggubalan undang-undang tersebut semasa Majlis Sambutan Hari Guru
Ke-22 Bagi Tahun 1433 Hijriah/2012 Masihi, berlangsung di Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas.
"Dengan berjalannya undang-undang ini, insya-Allah, tidaklah akan ada
lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan
mengetahui ilmu asas pendidikan Islam. Tidak akan ada lagi orang yang tidak
pandai sembahyang dan membaca Al-Qur'an," titah baginda.
Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa dalam pendidikan itu
terdapat dua unsur iaitu Ugama dan Umum yang sangat perlu diperhatikan di mana
orang-orang sering lupa dan malah terlajak mengutamakan yang Umum sahaja,
sehingga tertinggal atau tercicirlah Ugama.
Dalam hubungan ini, titah baginda lagi Brunei sendiri turut mengalami sindrom
'lupa' itu dengan membiarkan dirinya tidak mempunyai sistem persekolahan 'Wajib
Ugama' selama kira-kira 50 tahun, suatu ketelanjuran yang amat dikesalkan.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim)
Pelita Brunei Online - 25 September 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan