BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt - Ke arah menjelaskan betapa pentingnya pendidikan ugama itu
dalam menangani isu-isu sosial semasa, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan
Ugama Seri Begawan (KUPU SB) akan mengadakan Forum Perdana bertajuk "Peranan Ilmu Ugama Dalam
Menangani Permasalahan Semasa".
Forum Perdana Sempena Majlis Konvokesyen Kedua KUPU SB 1433H/2012 berkenaan akan diadakan
pada pukul petang 3 Oktober ini di Dewan Persidangan, BRIDEX, Jerudong, umum Penolong Setiausaha
Forum Perdana berkenaan, Hajah Tiara Haji Basman.
Dalam temu bual eksklusif bersama Media Permata pagi ini, beliau menjelaskan antara objektifnya
diadakan juga ialah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat umum bahawa ajaran ugama Islam
merangkumi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi, selain bagi mendukung dan merealisasikan
hasrat Negara Zikir.
Tidak kurang pentingnya, ia juga berobjektif untuk menjelaskan kepentingan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai sumber rujukan ummah dan mazhab Ahli Sunah Wal-Jamaah sebagai pegangan dalam menangani
permasalahan semasa, tambahnya.
Daripada 500 peserta yang dijemput untuk menghadiri Forum Perdana berkenaan, 100 daripadanya
diperuntukkan untuk orang awam yang berminat, secara percuma, jelas beliau.
"Bagi orang ramai yang ingin menghadiri Forum Perdana berkenaan sebagai peserta bolehlah mendaftar
dengan menghubungi Ustazah Ruziah Abdul Karim di talian 8630056 ataupun Awang Hadi Asrul Haji
Othman di talian 2225227 sambungan 403."
Menurutnya lagi orang ramai yang berminat pun boleh terus datang mendaftar di Dewan Persidangan,
BRIDEX sebelum pukul 2.00 petang 3 Oktober, iaitu sebelum Forum Perdana itu dimulakan.
Hajah Tiara kemudiannya memberi peringatan kepada semua peserta supaya memakai pakaian kebangsaan
di sepanjang menghadiri Forum Perdana itu nanti, dan menambah kata bahawa tempat letak kereta adalah
disediakan untuk kesemua peserta.
Seramai 400 orang peserta lagi terdiri dari kalangan tenaga akademik dan bukan akademik KUPU SB,
pelajar KUPU SB, pegawai/pensyarah dari UBD, UNISSA dan ITB, para pegawai dari Jabatan Pengajian
Islam dan Kementerian Pendidikan, guru-guru besar, guru/pegawai sekolah-sekolah Arab dan Kementerian
Pendidikan, serta para pelajar institusi pengajian tinggi lain, jelasnya.
Beliau mendedahkan bahawa tiga orang ahli panel Forum Perdana itu nanti ialah Profesor Madya
Kunjungan, Fakulti Syariah, KUPU SB, Profesor Madya Syed Ahmad Syed Hussain, Pensyarah Kanan,
Fakulti Usuluddin, KUPU SB, Hajah Zaliha Haji Ibrahim dan Pensyarah, Institut Pendidikan Sultan
Hassanal Bolkiah, UBD, Dr Haji Adanan Haji Basar.
Akan mempengerusikan Forum Perdana berkenaan ialah Pensyarah Fakulti Pendidikan KUPU SB, Awang
Zulkifli Haji Zakaria, ujarnya lanjut.
Dahulu beritahu saya mahu melanjutkan pelajar master ke usm atau ukm....bagaimana?
BalasPadam