Khamis, 2 Julai 2015

PERINTAH PENDIDIKAN UGAMA WAJIB 2012 : TERAP KESEDARAN DARI PERINGKAT AKAR UMBI

  • Oleh:  Ketua Penyuntingan.
    • PENGUATKUASAAN Undang-Undang 'Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012' yang mulai berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 merupakan rahmat besar dalam bidang pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang tidak kendur-kendur menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini.
      Perlakasaan perintah berkenaan menepati hasrat negara untuk menerapkan dasar pendidikan akademik yang diimbangi dan diperkukuhkan dengan mewajibkan setiap murid dan penuntut beragama Islam menghadiri sekolah agama selama enam tahun di samping sekolah biasa.
      "Sangat perlu diperhatikan, bahawa dalam pendidikan itu terdapat dua unsur iaitu Ugama dan Umum. Orang-orang sering lupa dan malah terlajak mengutamakan yang Umum sahaja, sehingga tertinggal atau tercicirlah Ugama. Dalam hubungan ini, Brunei sendiri turut mengalami sindrom 'lupa' itu dengan membiarkan dirinya tidak mempunyai sistem persekolahan 'Wajib Ugama' selama kira-kira 50 tahun, suatu ketelanjuran yang amat dikesalkan," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
      Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sangat jelas agar anak-anak kitani di negara ini tidak akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam dan tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Qur'an.
      Ia juga sekali gus menyaksikan dasar pendidikan negara yang seimbang di antara keperluan duniawi dan ukhrawi ini akan membentuk anak-anak kitani berpendidikan yang cemerlang dibidang ilmu duniawi malah mempunyai jati diri yang dikukuhkan dengan akidah Islam dan ketakwaan.
      Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Islam Bahagian Sekolah-Sekolah Ugama telah mencatatkan lebih 5,300 pelajar baru pra ugama memulakan pengajian di Sekolah-Sekolah Ugama di seluruh negara.
      Jumlah kemasukan yang meningkat dari tahun-tahun lalu menyaksikan kesedaran orang-orang kitani untuk menerapkan pendidikan ugama dari peringkat akar umbi sangat tinggi sekali gus akan memberi rahmat kepada generasi anak bangsa untuk kesinambungan menerajui negara dengan berlandaskan keugamaan yang sangat mantap secara berterusan.
    • - Pelita Brunei Online - Sabtu, 11 Januari 2014.

Kenali pendidikan Ugama dan Arab di Brunei Darussalam

Saturday, October 11, 2014
PENDIDIKAN formal di Negara Brunei Darussalam tidak terasa sudah mencecah 100 tahun perjalanannya. Liku-liku perkembangannya untuk mencapai kearah pendidikan yang bermutu tinggi dan dinamik memang tidak lali lagi, di sepanjang 100 tahun itu, segala cabaran, perubahan mahupun kemajuannya dihadapi dan di rayakan dengan hati yang terbuka.
Pendidikan formal itu tidak hanya menjurus kepada pendidikan aliran Melayu dan Inggeris sahaja. Pendidikan Ugama Islam juga telah diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini dan ianya sudah diperkenalkan sejak dari abad ke 14 oleh mubaligh-mubaligh dan juga orang-orang tempatan melalui masjid-masjid, balai-balai dan rumah-rumah persendirian.
Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah agensi resmi kerajaan yang bertanggungjawap sepenuhnya dalam hal ehwal ugama termasuklah pelaksanaan pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam. Manakala Jabatan Pengajian Islam adalah jabatan khusus yang mentadbir dan memantau perjalanan pendidikan Islam tersebut.
Pelajaran ugama sebagai satu mata pelajaran mula diperkenalkan di sekolah rendah dalam tahun 1930an iaitu apabila sistem pendidikan persekolahan secara teratur diperkenalkan.
Walau bagaimanapun persekolahan ugama secara penuh dan bersistem bermula dalam tahun 1956, kewujudan sistem persekolahan Ugama khas ini adalah atas titah perintah perkenan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III iaitu setelah mendapat laporan dan syor berikutan terdapat kelemahan murid-murid di beberapa sekolah Melayu dalam pendidikan Ugama.
Oleh yang demikian pendidikan persekolahan ugama secara penuh dan bersistem telah ditubuhkan dengan menggunakan bangunan sekolah-sekolah Kerajaan Melayu dan Inggeris.
Sejajar dengan perkembangan dan pesatnya pembangunan sekolah-sekolah ugama di Negara ini, pendidikan aliran bahasa Arab juga telah diperkenalkan iaitu dengan tertubuhnya Sekolah Arab pertama – Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah pada sekitar tahun 1966.
Dengan kemunculan sekolah Ugama dan sekolah Arab, ternyata kedua-dua jenis sekolah ini telah dapat memenuhi sebahagian daripada ciri-ciri yang dikehendaki oleh Dasar Pendidikan Negara 1962) dan Dasar Pendidikan Negara 1972 dari segi penerapan nilai-nilai ugama dan ianya juga harapan untuk memenuhi Wawasan 2035.
Mengenal lebih dekat sejarah dan latar belakang beberapa sekolah Ugama yang ada di Brunei
Terletak kira-kira lima kilometer dari Pekan Tutong, Sekolah Ugama Batalion Kedua berdiri megah di dalam Perkhemahan Batalion Kedua Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei, Tutong Kem.
Mula ditubuhkan pada 5 Mac 1977 dan dikenali sebagai Sekolah Anak Askar Melayu Diraja Brunei. Di tahun pertama sekolah ini didirikan, jumlah murid yang didaftarkan belajar di sekolah ini ialah seramai 58 orang, iaitu terdiri daripada 33 orang lelaki dan 25 orang perempuan. Sementara tenaga pengajar pula seramai 2 orang iaitu seorang guru besar dan seorang guru penolong.
Ustaz Muhammad Ali Hj Abd Hamid merupakan guru besar pertama yang bertanggungjawab dalam mentadbir pendidikan di sekolah ini dan guru penolongnya pula ialah Ustazah Jalimah binti Abas.
Seramai 17 orang guru besar pernah bertugas di sekolah ini sehingga 2009.
Terbinanya bangunan sekolah ini adalah hasil usaha Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Bangunan ini digunakan bersama oleh sekolah rendah sesi pagi dan sekolah ugama pada sesi petang.
Pada 3 Februari 2004 sekolah ugama telah mula menjalani perubahan seiring dengan langkah kerajaan untuk menyediakan sistem pendidikan yang bersepadu.
Bermula dengan tarikh itu, Sekolah Ugama Batalion Kedua Tutong Kem melangkah ke sistem penglaratan sekolah sehari suntuk, di mana sekolah ini diletakkan satu bumbung pentadbiran dengan Sekolah Rendah Tutong Kem.
Sehubungan dengan perubahan itu nama sekolah Ugama juga tidak lagi digunakan dan ianya hanya menggunakan Sekolah Rendah Tutong Kem sahaja.
Pada 3 Januari 2005 maka rasmilah sekolah ugama menjalani sistem pendidikan bersepadu sepenuhnya. Struktur organisasi pentadbiran pada waktu tersebut dipimpin oleh guru besar (pagi) dan penolong guru besar (petang) dan dibantu oleh guru kanan pentadbiran pagi dan petang.
Pada awal tahun 2006 dengan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam maka sistem bersepadu telah dibatalkan dan Jabatan Pengajian Islam dikembalikan semula dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan sistem persekolahan berjalan seperti asal.
Sekarang kita menyelusuri pula sejarah tertubuhnya Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah yang terletak di Kampong Perpindahan Berakas, Mukim Berakas A, Daerah Brunei dan Muara.
Ianya telah dibina pada tahun 1987 bagi menggantikan Sekolah Ugama Kampung Perpindahan Berakas yang terletak berdekatan dengan Sekolah Rendah Amar Pahlawan.
Sekolah ini mula digunakan pada 7 September 1988 dan dikenali sebagai Sekolah Ugama Jalan Dato Ahmad Perpindahan Berakas, Kawasan Brunei III. Persekolahan pula bermula pada 17 September 1988. Murid-murid yang bersekolah disekolah ini kebanyakannya tinggal di sekitar Kampung Perpindahan Berakas dan Kampung-Kampung yang berdekatan.
Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan jauhnya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Seri Begawan.
Pada 28 Februari 1989 pula, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, kawasan Brunei III. Ianya telah dirasmikan oleh Dato Paduka Ustaz Haji Abdul Saman Kahar, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam pada ketika itu.
Setelah pentadbiran sekolah-sekolah ugama bersatu dengan Kementerian Pendidikan di awal tahun 2002, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran sekolah-sekolah kawasan Brunei II hingga sekarang setelah semua sekolah-sekolah ugama dikembalikan semula dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Satu pendekatan - Sekolah Persediaan Arab
Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan terletak di Kilometer 2 Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berdekatan dengan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1984 bagi menampung kemasukan murid-murid ke Sekolah Arab. Dari tahun 1984, sekolah ini ditadbir oleh seorang Ketua Guru sehingga ke akhir tahun 1996 di bawah pentadbiran Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Bermula dari 1 Januari 1997 sehinggalah ke hari ini Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah ditadbir oleh seorang Guru Besar di bawah pentadbirannya sendiri dan mempunyai keramaian seramai 743 orang yang terdiri daripada guru-guru seramai 75 orang, 21 orang kakitangan dan murid-murid seramai 647 orang.
Pada masa kini, minat terhadap pelajaran bahasa Arab ini semakin meningkat dengan ramainya kemasukkan pelajar-pelajar baru ke Sekolah Persediaan Arab setiap tahun dan ini menunjukkan pendidikan di Brunei tidak hanya terhad kepada aliran bahasa Melayu dan Inggeris.
The Brunei Times

90 orphans receive Raya gift bags from JIS

Saturday, June 27, 2015
NINETY orphans, chosen by the Department of Community Development (JAPEM), Social Services Unit, Ministry of Culture, Youth and Sports, received Raya gift bags from Jerudong International School (JIS) yesterday.
The Raya gift bags comprising various items such as stationeries, cookies, chocolates and drinks were handed out to the children by the Principal of JIS Barnaby Sandow together with the JIS Head of Ugama Hjh Noraidah Hj Tengah.
In addition to these gift bags, the children also received monetary donations by the parents of a number of the JIS Ugama students.
Prior to the distribution of the Hari Raya Gift bags, the afternoon began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech from the principal of JIS and a tausyeh performance by JIS Ugama students.
“I am very pleased to be a part of this gift bag distribution ceremony which reminds us that we all need to remember and help those who are less fortunate,” said Sandow.
The principal said that he felt honoured to be involved in the special event at such an important time of the Muslim calendar.
“I am really pleased in the manner that it has been taken on, I would like to say a particular thank you to the parents of the Ugama school for being so generous in all that they have done to step forward and make this event happen,” Sandow added.
The event concluded with Doa Selamat.

The Brunei Times 

JIS brings cheer to orphans

Khal Baharulalam

A TOTAL of 93 orphans were treated to advanced Hari Raya gift packages by the Jerudong International School (JIS) yesterday at the JIS Arts Centre.
Handing over the packages were Barnaby Sandow, Principal of JIS and Hajah Noraidah binti Haji Tengah, Headmistress of JIS Religious School.
In addition to that, several parents of JIS Religious School students also made financial contributions, enabling JIS to include financial Hari Raya gifts to the orphans.
Barnaby Sandow expressed his warmest gratitude for being included in the special event during the Muslim’s holy month of Ramadhan.
Barnaby Sandow, Principal of JIS, presenting an orphan with a gift bag. - RAFIDAH JUMAT
Barnaby Sandow, Principal of JIS, presenting an orphan with a gift bag. – RAFIDAH JUMAT
- Borneo Bulletin Online - June 27, 2015.

JIS hulur sumbangan kepada anak yatim

Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Seramai 93 orang anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku, hari ini, menerima sumbangan daripada Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).
Sumbangan disampaikan bersama oleh Pengetua Sekolah Antarabangsa Jerudong, Barnaby Sandow dan Pengetua Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong, Hajah Noraidah binti Haji Tengah.
Sumbangan merupakan hasil kutipan daripada ibu bapa pelajar dan juga warga sekolah berkenaan.
Barnaby Sandow ketika ditemui menyatakan perasaan gembira kerana dapat melibatkan diri untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menyampaikan sumbangan yang mana ia mengingatkan kita untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik tambahan lagi bulan Ramadan adalah antara bulan penting dalam kalendar Islam.
Barnaby Sandow dan Hajah Nooraidah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku.
Barnaby Sandow dan Hajah Nooraidah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dari kawasan Rimba dan Tungku.

- Media Permata Online - June 27, 2015.

Program keagamaan lahirkan pendidikan seimbang

  • Berita dan Foto Oleh: Noraisah Muhammed
  • KUALA BELAIT, Khamis, 14 Mei. - Seorang pelajar yang diberikan pendidikan menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani dengan membawa pendekatan selaras tema Program Keagamaan Senegara iaitu ‘Persiapan Menghadapi Peperiksaan’.
    Matlamat program keagamaan itu adalah untuk melahirkan al-Insan as-Saleh, pendidikan seimbang dan sempurna dengan memberi penekanan kepada aspek kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
    Sehubungan itu, Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait telah terpilih oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai salah sebuah sekolah untuk menjalankan Program Keagamaan Senegara bagi bulan Mei tahun ini.
    Acara itu telah disertai oleh Guru Besar Sekolah Ugama Belait, Dayang Hajah Serimah binti Haji Awang Bini dan guru-guru darjah serta pelajar sekolah agama berkenaan dari peringkat Pra hingga Darjah IV.

140515 NORAISAH1 PROGRAM
PROGRAM keagamaan dimulakan dengan membaca surah al-Munjiyat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Roslan bin Abd. Rahman dan diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar Ustaz Khairul Akmar bin Harun.
Atur cara program keagamaan dimulakan dengan membaca Surah al-Munjiyat yang dipimpin oleh Awang Mohd Roslan bin Abd. Rahman dan diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar, Awang Khairul Akmar bin Harun.
Isi tazkirah bertajuk ‘Persiapan Menghadapi Peperiksaan’ lebih kepada membuat pendekatan dan persediaan menjelang peperiksaan dengan memberi cara bagi mengukur tahap kemampuan minda dan kesungguhan para pelajar dalam mendalami ilmu yang diajar di sekolah.
Pelajar mesti berazam untuk menjadi cemerlang dalam peperiksaan bererti pelajar merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan tahu hala tuju untuk mencapai kejayaan kerana tidak semua pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak.
140515 NORAISAH2 PROGRAM
PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait.
Untuk menjadi bijak, setiap pelajar perlu rajin berusaha di antaranya sebelum peperiksaan pelajar hendaklah membuat persediaan fizikal, tidur yang cukup, menjaga pemakanan, riadah dan menjaga keselamatan.
Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat persediaan dari segi mental supaya tidak takut akan gagal walaupun sudah berusha dengan bersungguh-sungguh, pelajar dinasihati untuk tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang, hilangkan perasaan belum bersedia, pelajar disarankan supaya berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.
Selain itu, isi tazkirah menekankan agar ibu bapa perlu menyatakan dengan jelas bahawa apa yang pelajar perlu lakukan hendaklah melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam segala hal, reda walau apa sekalipun keputusan mereka kelak, dengan cara demikian ia akan membantu mengurangkan tekanan pada diri pelajar melalui fikiran yang positif.
Manakala persediaan dari segi emosi, pelajar dinasihatkan untuk mengelak daripada sebarang bentuk gangguan emosi seperti tidak hadir ke sekolah, pertengkaran dengan kawan-kawan, melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah, tidak membuat kerja sekolah dan kerja rumah, bersikap terlalu yakin dan berprasangka buruk terhadap orang lain.
Apa yang penting setiap pelajar perlu membuat persediaan bukan saja dari segi fizikal, mental dan emosi tetapi juga rohani, pelajar harus faham sebagai hamba Allah kita hanya mampu melakukan usaha sebaik mungkin namun semua adalah ketentuan Allah.
Pelajar hendaklah sentiasa bermunajat kepada Allah dengan melakukan Solat Hajat, memohon maaf dan restu daripada ibu bapa, banyakkan berzikir dan membaca Al-Qur’an, menjauhi maksiat, banyakkan berdoa dan bertawakal semoga dengan cara demikian segala usaha yang berkebajikan akan diberkati Allah.
Acara program dimulakan dengan tazkirah, Solat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Rafi bin Haji Juni, membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dan membaca Doa Peperiksaan yang dipimpin oleh Awang Mohd Roslan bin Abd. Rahman.
Program Keagamaan Senegara bagi bulan April tahun ini telah melibatkan lima buah sekolah di seluruh negara, Sekolah Arab Sungai Akar, Bangunan PGGMB, Brunei; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut, Brunei IV; Sekolah Ugama Kupang, Tutong; Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait dan Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Temburong.

- Pelita Brunei Online - Thursday, 14 May 2015