- Oleh: Ketua Penyuntingan.
- PENGUATKUASAAN Undang-Undang 'Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012' yang mulai berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 merupakan rahmat besar dalam bidang pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang tidak kendur-kendur menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini.Perlakasaan perintah berkenaan menepati hasrat negara untuk menerapkan dasar pendidikan akademik yang diimbangi dan diperkukuhkan dengan mewajibkan setiap murid dan penuntut beragama Islam menghadiri sekolah agama selama enam tahun di samping sekolah biasa."Sangat perlu diperhatikan, bahawa dalam pendidikan itu terdapat dua unsur iaitu Ugama dan Umum. Orang-orang sering lupa dan malah terlajak mengutamakan yang Umum sahaja, sehingga tertinggal atau tercicirlah Ugama. Dalam hubungan ini, Brunei sendiri turut mengalami sindrom 'lupa' itu dengan membiarkan dirinya tidak mempunyai sistem persekolahan 'Wajib Ugama' selama kira-kira 50 tahun, suatu ketelanjuran yang amat dikesalkan," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sangat jelas agar anak-anak kitani di negara ini tidak akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam dan tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Qur'an.Ia juga sekali gus menyaksikan dasar pendidikan negara yang seimbang di antara keperluan duniawi dan ukhrawi ini akan membentuk anak-anak kitani berpendidikan yang cemerlang dibidang ilmu duniawi malah mempunyai jati diri yang dikukuhkan dengan akidah Islam dan ketakwaan.Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Islam Bahagian Sekolah-Sekolah Ugama telah mencatatkan lebih 5,300 pelajar baru pra ugama memulakan pengajian di Sekolah-Sekolah Ugama di seluruh negara.Jumlah kemasukan yang meningkat dari tahun-tahun lalu menyaksikan kesedaran orang-orang kitani untuk menerapkan pendidikan ugama dari peringkat akar umbi sangat tinggi sekali gus akan memberi rahmat kepada generasi anak bangsa untuk kesinambungan menerajui negara dengan berlandaskan keugamaan yang sangat mantap secara berterusan.
- - Pelita Brunei Online - Sabtu, 11 Januari 2014.
Khamis, 2 Julai 2015
PERINTAH PENDIDIKAN UGAMA WAJIB 2012 : TERAP KESEDARAN DARI PERINGKAT AKAR UMBI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan