Khamis, 2 Julai 2015

Program keagamaan lahirkan pendidikan seimbang

  • Berita dan Foto Oleh: Noraisah Muhammed
  • KUALA BELAIT, Khamis, 14 Mei. - Seorang pelajar yang diberikan pendidikan menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani dengan membawa pendekatan selaras tema Program Keagamaan Senegara iaitu ‘Persiapan Menghadapi Peperiksaan’.
    Matlamat program keagamaan itu adalah untuk melahirkan al-Insan as-Saleh, pendidikan seimbang dan sempurna dengan memberi penekanan kepada aspek kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
    Sehubungan itu, Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait telah terpilih oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai salah sebuah sekolah untuk menjalankan Program Keagamaan Senegara bagi bulan Mei tahun ini.
    Acara itu telah disertai oleh Guru Besar Sekolah Ugama Belait, Dayang Hajah Serimah binti Haji Awang Bini dan guru-guru darjah serta pelajar sekolah agama berkenaan dari peringkat Pra hingga Darjah IV.

140515 NORAISAH1 PROGRAM
PROGRAM keagamaan dimulakan dengan membaca surah al-Munjiyat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Roslan bin Abd. Rahman dan diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar Ustaz Khairul Akmar bin Harun.
Atur cara program keagamaan dimulakan dengan membaca Surah al-Munjiyat yang dipimpin oleh Awang Mohd Roslan bin Abd. Rahman dan diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar, Awang Khairul Akmar bin Harun.
Isi tazkirah bertajuk ‘Persiapan Menghadapi Peperiksaan’ lebih kepada membuat pendekatan dan persediaan menjelang peperiksaan dengan memberi cara bagi mengukur tahap kemampuan minda dan kesungguhan para pelajar dalam mendalami ilmu yang diajar di sekolah.
Pelajar mesti berazam untuk menjadi cemerlang dalam peperiksaan bererti pelajar merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan tahu hala tuju untuk mencapai kejayaan kerana tidak semua pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak.
140515 NORAISAH2 PROGRAM
PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait.
Untuk menjadi bijak, setiap pelajar perlu rajin berusaha di antaranya sebelum peperiksaan pelajar hendaklah membuat persediaan fizikal, tidur yang cukup, menjaga pemakanan, riadah dan menjaga keselamatan.
Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat persediaan dari segi mental supaya tidak takut akan gagal walaupun sudah berusha dengan bersungguh-sungguh, pelajar dinasihati untuk tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang, hilangkan perasaan belum bersedia, pelajar disarankan supaya berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.
Selain itu, isi tazkirah menekankan agar ibu bapa perlu menyatakan dengan jelas bahawa apa yang pelajar perlu lakukan hendaklah melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam segala hal, reda walau apa sekalipun keputusan mereka kelak, dengan cara demikian ia akan membantu mengurangkan tekanan pada diri pelajar melalui fikiran yang positif.
Manakala persediaan dari segi emosi, pelajar dinasihatkan untuk mengelak daripada sebarang bentuk gangguan emosi seperti tidak hadir ke sekolah, pertengkaran dengan kawan-kawan, melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah, tidak membuat kerja sekolah dan kerja rumah, bersikap terlalu yakin dan berprasangka buruk terhadap orang lain.
Apa yang penting setiap pelajar perlu membuat persediaan bukan saja dari segi fizikal, mental dan emosi tetapi juga rohani, pelajar harus faham sebagai hamba Allah kita hanya mampu melakukan usaha sebaik mungkin namun semua adalah ketentuan Allah.
Pelajar hendaklah sentiasa bermunajat kepada Allah dengan melakukan Solat Hajat, memohon maaf dan restu daripada ibu bapa, banyakkan berzikir dan membaca Al-Qur’an, menjauhi maksiat, banyakkan berdoa dan bertawakal semoga dengan cara demikian segala usaha yang berkebajikan akan diberkati Allah.
Acara program dimulakan dengan tazkirah, Solat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Rafi bin Haji Juni, membaca Surah Yaa Siin beramai-ramai dan membaca Doa Peperiksaan yang dipimpin oleh Awang Mohd Roslan bin Abd. Rahman.
Program Keagamaan Senegara bagi bulan April tahun ini telah melibatkan lima buah sekolah di seluruh negara, Sekolah Arab Sungai Akar, Bangunan PGGMB, Brunei; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut, Brunei IV; Sekolah Ugama Kupang, Tutong; Sekolah Ugama Kuala Belait, Daerah Belait dan Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Temburong.

- Pelita Brunei Online - Thursday, 14 May 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan