- Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Masri Osman
- MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa ditemu bual oleh wakil media tempatan.BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Januari. - Pencapaian kelayakan penuntut-penuntut untuk masuk ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), dilihat daripada mata pelajaran umum, memang terdapat peningkatan dan juga penurunan perbandingan pada tahun lepas.Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa ditemu bual selepas berinteraksi dengan para pelajar Pra U1 di salah sebuah kelas SMALHB menjelaskan, pada umumnya pencapaian itu melayakkan mereka yang lulus untuk melanjutkan ke tahap Pra U dan memulakan pengajian mereka pada tahun ini."Yang menggembirakan, bilangan kemasukan itu boleh dikatakan bertambah daripada tahun lepas iaitu seramai 185 orang dan pada tahun ini menerima kemasukan seramai 312 orang," ujar Yang Berhormat.Menteri Hal Ehwal Ugama menambah, selepas berinteraksi bersama para ibu bapa dan penjaga para pelajar, rata-rata mereka memilih sekolah berkenaan kerana pendidikannya.“Ertinya bukan sahaja ilmu keagamaan boleh didapati tetapi juga disiplin diri untuk hidup sebagai seorang Islam yang baik yang boleh didapatkan daripada pendidikan sekolah Arab ini,” jelas Yang Berhormat.Menyentuh mengenai hala tuju para penuntut aliran sekolah Arab pula, Yang Berhormat menjelaskan, daripada mula sekolah Arab ditubuhkan pada tahun 60-an, bukan sahaja sekolah berkenaan mengandungi pelajaran Arab tetapi juga pelajaran umum.Tambahnya, para pelajar ada yang memilih aliran agama iaitu Lughah, Usuluddin, Syariah dan ada juga yang memilih aliran Umum iaitu Umum 1 dan Umum 2.Mereka yang memilih aliran umum, jelas Yang Berhormat, pada tahun ini mencatatkan seramai 40 orang daripada 312 orang yang merupakan satu petanda yang baik.Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, hala tuju mereka sebagaimana yang sudah terbukti bukan sahaja di pusat pengajian tinggi di dalam negeri bahkan di luar negeri antaranya di Mesir, Jordan, Malaysia dan lain-lain.Tambahnya, yang membanggakan aliran umum misalnya ada pelajar yang menuntut di Australia, ada juga yang menuntut di Kolej Imperial dari biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).Menurut Menteri Hal Ehwal Ugama, di sinilah menggambarkan bahawa aliran sekolah Arab mempunyai hala tujunya.
- - Pelita Brunei Online - Isnin, 18 Januari 2016.
Selasa, 19 Januari 2016
Aliran sekolah Arab mempunyai hala tuju
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan