- Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
- TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud menyerahkan mushaf Al-Qur'an kepada salah seorang pelajar baharu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Sesi 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi peringkat menengah.BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Januari. - Seramai 53 pelajar baharu iaitu 35 lelaki dan 18 perempuan diterima masuk ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Sesi 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi peringkat menengah.Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penerimaan Pelajar-Pelajar Baharu ITQSHHB yang berlangsung di Dewan Kuliah, institut berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dibacakan oleh pelajar Tahun 10 ITQSHHB yang pernah menjadi wakil negara ke Musabaqah Hafazan Al-Qur'an di Maghribi pada tahun 2015, Awang Auni Marzuqi bin Haji Anuar.Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dalam ucapannya menjelaskan, daripada jumlah pelajar baharu yang diterima masuk, seramai 42 pelajar dalam kalangan pelajar lepasan sekolah-sekolah Arab, manakala 11 pelajar lagi merupakan pelajar lepasan sekolah aliran umum dan juga sekolah swasta.TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyerahkan mushaf Al-Qur'an kepada salah seorang pelajar baharu.Jelasnya, taklimat kemasukan pelajar telah diadakan pada 9 Januari yang lalu bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar mengenai dengan sistem pengajian tahfiz dan juga apa-apa jua keperluan dan maklumat berhubung dengan kemasukan pelajar ke institut berkenaan.Beliau menambah, pelajar-pelajar baharu telah mula mendaftar masuk pada 12 Januari dengan mengikuti Minggu Ta’aruf pelajar baharu yang mana telah diadakan seawal hari pendaftaran sehinggalah hari sabtu ini.“Tujuan utama Minggu Ta’aruf diadakan adalah bagi proses pembudayaan atau suai kenal bagi pelajar-pelajar baharu khususnya tentang sistem pembelajaran Al-Qur'an dan akademik, cara menyesuaikan diri tinggal di asrama dan juga saling mengenali kawan-kawan baharu mereka. Semua ini adalah diharap dapat membantu para pelajar untuk menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baharu dengan lebih cepat dan berkesan,” ujarnya.UCAPAN alu-aluan oleh Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.Tambahnya, pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan sepanjang Minggu Ta’aruf ini sebagai pengisian yang berguna seperti ‘qiamullail’, solat berjemaah, kuliah agama, tazkirah, bengkel menambat serban bagi menghidupkan Sunnah Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, taklimat-taklimat, acara sukan dan riadah serta program amal dengan mengadakan Majlis Membaca Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.Beliau seterusnya berharap para pelajar baharu akan bersedia dari saat ini dengan penuh kerelaan hati dan kesedaran bahawa menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu Al-Qur'an merupakan satu usaha yang sangat murni dan terpuji.Justeru itu, beliau amat berharap para pelajar akan sentiasa berusaha dengan gigih, mendisplinkan diri dan tunjukkanlah keperibadian yang mulia, akhlak seorang ahli Al-Qur'an kerana ahli Al-Qur'an adalah kerabat Allah yang mempunyai keistimewaan.Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan mushaf Al-Qur'an kepada pelajar-pelajar baharu serta bacaan ikrar beramai-ramai.Ini diikuti dengan penyerahan senarai pelajar baharu kepada Pemangku Pengetua ITQSHHB yang melambangkan penyerahan amanah kepada institut berkenaan untuk mendidik pelajar-pelajar berkenaan di sepanjang pengajian mereka.Juga hadir, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, para ibu bapa serta pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan ITQSHHB.Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada program Minggu Ta’aruf (orientasi) bagi pelajar-pelajar baharu yang telah diadakan selama lima hari bermula 12 hingga 16 Januari ini.
- - Pelita Brunei Online. Khamis, 14 Januari 2016.
Selasa, 19 Januari 2016
ITQSHHB terima kemasukan 53 pelajar baharu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan