Selasa, 12 Januari 2016

JPI mantapkan sistem pendidikan ugama

  • Oleh:  Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin / Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali
    • KAMPUNG LAMUNIN, Sabtu, 9 Januari.- Sistem pendidikan dan pelajaran ugama terus dipertingkatkan dan dipermantapkan menerusi pengurusan dan pendekatan yang berkesan dan dinamik melalui persekolahan ugama, persekolahan Arab dan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam.
      Pendekatan itu adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Perlembagaan Negara, Falsafah Negara Melayu Islam Beraja, Falsafah Pendidikan Negara dan Undang-Undang yang berkaitan bagi merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam (JPI).
      Dalam melaksanakan misi tersebut, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi bulan Januari yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 atau 9.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah Arab dan pada jam 2.00 atau 3.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama sesi petang seluruh daerah.
    • 090116 HJMAS6 SULAMUNIN
    • TAKZIRAH bertajuk 'Kelebihan Selawat Nabi' yang disampaikan oleh Guru sekolah tersebut iaitu, Awang Saiful Rizal bin Muhammad Ali dan diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas dan selawat-selawat Nabi.
      Sehubungan itu, Sekolah Ugama Lamunin Tutong 1 telah menyelenggarakan program berkenaan yang dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah.
    • 090116 HJMAS3 SULAMUNIN
    • PROGRAM Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab diharap dapat melahirkan aqidah yang kukuh dan akhlak yang mulia di samping menggalakkan para pelajar mengikuti program penghayatan ugama, serta menerangkan akan kelebihan bersalawat kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
      Acara diteruskan lagi dengan tazkirah bertajuk 'Kelebihan Selawat Nabi' yang disampaikan oleh Guru sekolah tersebut iaitu, Awang Saiful Rizal bin Muhammad Ali dan diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas dan selawat-selawat Nabi.
      Akhir majlis tersebut ditutupi dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Awang Shamran bin Haji Bungsu.
    • 090116 HJMAS5 SULAMUNIN
    • PROGRAM Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Januari
      yang diselenggarakan oleh Sekolah Ugama Lamunin Tutong 1.
      Program antara lain diharapkan dapat melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia, menggalakkan para pelajar mengikuti program penghayatan ugama serta menerangkan akan kelebihan berselawat kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
      Program Keagamaan Senegara ini juga merupakan kegiatan bulanan di sepanjang tahun yang mana sesi program seumpamanya akan diteruskan lagi pada bulan Februari di antara sekolah-sekolah ugama dan Arab di seluruh negara.

    • - Pelita Brunei Online. Sabtu, 09 Januari 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan