- Oleh: Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
- KUALA BELAIT, Sabtu, 9 Januari. - Seramai 99 pelajar dan tujuh guru ugama dari Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin yang terlibat dalam program penghayatan berugama telah mengikuti Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama bagi bulan Januari tahun ini.Matlamat yang ingin dicapai oleh Islam dalam pendidikan melalui program yang diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah ingin merealisasikan Rancangan Strategik JPI dalam meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah ugama dalam meningkatkan keberkesanan program kokurikulum.Program yang ditumpukan di Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Kuala Belait petang itu dimulai dengan sesi tazkirah mengenai kelebihan selawat Nabi yang disampaikan oleh Jurimah bin Jumat yang antara lain menyentuh mengenai kelebihan-kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bererti kita telah melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala ke atas hamba-hamba-Nya yang melibatkan pelajar Darjah Pra, Darjah I dan IV sekolah berkenaan.BACAAN Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Pengiran Hidayatul Rabielawal bin Pengiran Haji Rosli.Program yang dihasratkan untuk melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan dengan melibatkan semua pelajar untuk mengikuti program berkenaan adalah untuk menerangkan kepada mereka tentang kelebihan selawat Nabi.Antara kelebihan selawat Nabi sepertimana Allah Subahanhu Wata’ala dan para malaikat berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan akan mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah Subhanahu Wata’ala ke atas diri kita di atas setiap selawat yang kita ucapkan (selawat daripada Allah Subhanahu Wata’ala bererti rahmat diiringi dengan selawat para malaikat).Berselawat ke atas Nabi akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala 10 darjat atas setiap satu-satu selawat dan akan dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat serta Allah Subhanahu Wata’ala menghapuskan 10 kejahatan atas setiap selawat.ANTARA guru yang hadir pada majlis berkenaan.Program diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Pengiran Hidayatul Rabielawal bin Pengiran Haji Rosli dan acara kemudiannya disudahi dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.JPI mengadakan Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab 1437H / 2016M bagi bulan Januari yang diselenggarakan di keempat-empat daerah yang akan bermula pada jam 8.00 pagi bagi sekolah-sekolah ugama sesi pagi dan sekolah-sekolah Arab pada jam 2.00 petang bagi semua sekolah-sekolah ugama seluruh daerah.PENYERTAAN murid lelaki, pelajar Darjah Pra, Darjah I dan IV seramai 59 orang.PENYERTAAN murid perempuan seramai 40 orang.Misi JPI ialah meningkatkan dan memantapkan sistem pendidikan dan pelajaran ugama menerusi pengurusan dan pendekatan yang berkesan dan dinamik melalui persekolahan ugama, persekolahan Arab dan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Perlembagaan Negara, Falsafah Negara Melayu Islam Beraja, Falsafah Pendidikan Negara dan Undang-Undang yang berkaitan.Program seumpama ini dihasratkan akan dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai hidup berugama dan berakhlak mulia selain menyokong pengisian hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.Program Keagamaan Senegara ini juga merupakan kegiatan bulanan di sepanjang tahun yang akan diteruskan di antara sekolah-sekolah ugama yang terlibat selain Sekolah Ugama Ahmad Tajuddin, Belait ialah Sekolah Ugama Pelambayan, Brunei I; Sekolah Ugama Lamunin, Tutong dan Sekolah Ugama Bokok, Temburong.
- - Pelita Brunei Online. Sabtu, 09 Januari 2016.
Selasa, 12 Januari 2016
Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan