- Oleh: Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
-
- GURU Besar Sekolah Ugama Sayyidina Ali, Dayang Noraini binti Haji Muhammed bersama tenaga pengajar yang mengajar di Sekolah Ugama Sayyidina Ali.KUALA BELAIT, Sabtu, 1 Oktober. - 'Guru Bijaksana Pembina Generasi Berwawasan', tema program keagamaan kali ini memberikan pelajar kefahaman mengenai guru bijaksana pembina generasi berwawasan khususnya guru ugama sempena tema Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016.Sehubungan itu, pelajar dan warga sekolah diterangkan bahawa guru bijaksana pembina generasi berwawasan terletak sebahagian besar di bahu guru-guru ugama, di mana terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang pelajar.Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah ugama bagi Daerah Belait diadakan di Sekolah Ugama Sayyidina Ali yang disertai seramai 101 murid sesi pagi Darjah 4,5 dan 6 serentak, di semua sekolah ugama seluruh negara.
- ANTARA murid-murid yang menyertai Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab Sempena Hari Guru Ke-26.Pendidikan yang seimbang di antara duniawi dan ukhrawi sangat penting dalam mempersiapkan negara dengan generasi berwawasan yang berkualiti dan memiliki salasilah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikiran secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang Wawasan Negara 2035.Segalanya tidak akan menjadi realiti jika usaha tidak disokong semua pihak. Ibu bapa dan guru, pentadbir sekolah serta masyarakat harus berganding bahu menggembleng tenaga membina generasi berwawasan yang berdisiplin, bermaruah dan bertakwa.Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan generasi berwawasan yang perlu direalisasikan buat memacu kegemilangan duniawi dan ukhrawi.Tujuan program untuk merealisasikan Rancangan Strategik Jabatan Pengajian Islam, iaitu meningkatkan peratus pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah Arab dan ugama.Meningkatkan keberkesanan program kokurikulum, di samping melahirkan akidah yang kukuh dan akhlak yang mulia melalui program pendidikan kokurikulum dengan melibatkan semua pelajar mengikuti program penghayatan berugama.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Jun. - Bulan Ramadan tidak menjejaskan reputasi setiap pelajar untuk terus menimba ilmu pengetahuan seperti hari-hari yang lain.
Pegawai Pelajaran Ugama, Dayang Suriati
binti Haji Awang Mohamad, selaku Penolong Guru Besar Sekolah Ugama
Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop
berkata, sesi pembelajaran di sekolah-sekolah ugama pada bulan Ramadan
lebih memfokuskan pada aktiviti membaca Al-Quran, pelajaran amali dan
memperhalusi tajwid.
Menurutnya, para pelajar akan melakukan
aktiviti bertadarus sepanjang bulan Ramadan ini bersama dengan guru-guru
sebelum memulakan sesi pembelajaran.
PENOLONG
Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul
Bolkiah, Serusop, Dayang Suriati binti Haji Awang Mohammad semasa ditemu
bual oleh wakil PELITA BRUNEI.
''Alhamdulilah, pelajar-pelajar tiada
masalah dalam memberikan tumpuan pada pelajaran walaupun berpuasa kerana
masa belajar yang singkat,'' katanya kepada Pelita Brunei.
Pelajar Darjah V Alif, Awang Muhd. Mirza
Luqman bin Awang Roslie menjelaskan, datang bersekolah ugama pada bulan
Ramadan sama sahaja seperti hari-hari biasa dan kebanyakan aktiviti
tertumpu dalam meningkatan pembacaan Al-Quran.
Sementara itu, Dayang Imanina Nazihah
binti Idris, pelajar Darjah V Ta meberitahu, perbezaan bersekolah ugama
pada bulan Ramadan dari hari-hari biasa adalah waktu persekolahan yang
singkat, iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pada sesi pagi. Ini
membolehkannya untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum
menghadiri sekolah pada sesi petang.
Bagi Tengku Putri Nur Afifa Quo'ryrah
binti Tengku Putra Haji Amir Farouk yang akan menghadapi Peperiksaan
Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU) berkata, bersekolah di bulan
berkenaan membantunya untuk menghadapi peperiksaan itu nanti yang akan
diadakan pada bulan Ogos ini.
Di samping itu, beliau juga banyak
melakukan ulang kaji pada sebelah malam sebagai persiapan dalam
menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
MURID
Darjah 4 Alif Sekolah Ugama Lambak Kanan (sesi pagi), Awang Ahmad Amir
Syukri bin Haji Ghazali seronok bersekolah ugama di bulan Ramadan.
Awang Ahmad Amir Syukri bin Haji Ghazali
yang pertama kali bersekolah ugama di bulan puasa berkata, beliau
berasa seronok kerana dapat bersama-sama rakan-rakannya melakukan
aktiviti bertadarus dan membaca Al-Quran.
''Pada masa ini, saya sudah membaca
Al-Quran hingga juzuk empat,'' kata pelajar Darjah IV Alif yang
bersekolah di Sekolah Ugama Lambak Kanan ini.